Anda Berada di > Muka Utama / Bahasa Melayu, Tips Traffik, Utama / Yahoo Answers Marketing

Yahoo Answers Marketing

Assalamualaikum wbt

Saya baru sahaja selesei membaca tips yahoo marketing yang telah dipost oleh saudara Syed Ikhwan, salah seorang mentor untuk jomseminar.com - seminar mengenai internet marketing yang berharga RM397

Cara yang diberitahu dari artikel yang beliau kongsikan adalah dengan memanfaatkan fungsi yahoo answers. Yahoo answers adalah web social yang berkonsepkan anda tanya, orang lain jawab dan tandakan ‘best’ answer. Anda akan manjawab soalan yang ditanya dengan setepat yang boleh dan letakkan Affiliate link. Cara step by step adalah:

  • daftar akaun dengan yahoo. Anda boleh juga gunakan id yahoo mail/ messenger anda.
  • cari soalan yang baru dan belum dijawab (jika ada). sekurang-kurangnya soalan yang hanya ada 2-3 jawapan sahaja.
  • jawab soalan tersebut dengan mencari informasi dari wikipedia atau google
  • letak Affiliate link sebagai reference.

Kelebihan yahoo marketing adalah anda tak semestinya perlukan website atau blog kerana platform anda adalah yahoo answer tersebut sendiri. Jawab dan letak Affiliate link.

Saya pernah mencuba mencipta soalan di sana untuk myanimeonline dan ia menampakkan sedikit hasil, oklah walau tak banyak. Itu baru 1 soalan. Macam mana pulak kalau jawab 20 soalan? Mesti lagi banyak click through rate bukan? The bad thing about marketing is repetition - proses mencari dan membuka soalan berulang-ulang, berhari-hari. Mungkin anda boleh scheduledkan hari apa untuk gunakan yahoo answers marketing selepas ini :D

Selamat Mencuba!

Entri Berkaitan

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>