WPMalaysia.com- Laman Komuniti WordPress Malaysia

Anda tercari-cari tutorial untuk wordpress dalam Bahasa Malaysia? Mempunyai masalah dalam instalasi wordpress? Atau apa-apa jelah masalah dalam wordpress?

Assalamualaikum wbt semua.

Ceria-ceriakan hari anda dan janganlah bersedih jika terdapat dugaan yang menimpa. Hidup di dunia ini hanyalah sementara..hehe..

Baiklah, hari ini saya memperkenalkan kepada anda WPMalaysia, komuniti wordpress Malaysia yang saya percaya akan meningkat naik pada suatu hari nanti.

InsyaAllah disana anda akan mendapatkan tutorial dan dapat berbincang melalui forum tersebut. Tapi janganlah pulakan saya disini..hehe ;)

Kenapa blog komuniti tersebut ditubuhkan?

Satu petang aku termenung sejenak, memandang wordpress yang baru siap di-install untuk seorang pelanggan. Entah mengapa tiba-tiba terdetik hati ingin menyumbang sesuatu WordPress yang sudah begitu banyak memudahkan kerja saya. Yang juga barangkali sudah memberikan aku pulangan wang ringgit. Selain itu, melihatkan ramai blogger-blogger baru yang terkial-kial menginstall WordPress mereka. Masalah sana dan sini.

Lantaran diluar sana sudahpun banyak sumber berbahasa Ingeeris, aku akan utamakan Bahasa Malaysia di sini. Namun Bahasa Inggeris tidaklah dilarang. Rojak itu kadang-kadang lebih enak juga

Objektif

  • Menghimpun pengguna WordPress di Malaysia.
  • Memberikan bantuan kepada kawan-kawan baru dalam WordPress.
  • Mengumpul segala hasilan untuk WordPress dari orang Malaysia. Contohnya Theme, Plugin dan sebagainya dari orang Malaysia!
  • Memperkayakan sumber terbuka dalam Bahasa Malaysia.

Sasaran untuk web ini? Dalam masa 3 bulan :

  • Sekurang-kurangnya PR3.

  • 300 senarai di Direktori pengguna wordpress di Malaysia.

  • 30 artikel berguna.

  • Dan segala yang baik-baik belaka.

Ya, itulah alkisahnya abang nizam atau lebih dikenali mysticmind mendapat idea mencipta blog komuniti tersebut. Eh, macam cerita bagaimana teori graviti pula ya cerita nie. Sedang Isaac Newton duduk dibawah pokok, maka ternampaklah beliau akan epal yang jatuh ke bumi dan terjadilah koko krunch..< –apa yang kau merepek nie labu?

Jika anda pengguna wordpress, satu kemestian untuk anda menyertai forum dan blog tersebut. Saya berharap forum tersebut dapat membantu komuniti wordpress di Malaysia disamping dapat mencipta modul tersendiri, dari Malaysia. InsyaAllah. Malaysia Boleh o/

 

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

13 Responses to “WPMalaysia.com- Laman Komuniti WordPress Malaysia”

Leave a Reply