WangCyber.com di Pantau..Apa Kes?
Hari ni ketika membaca feed di google reader, saya dapati topik mengenai wangcyber dicurigai telah banyak diblogkan, so saya pun tak mau ketinggalanlah untuk buat pasal post topik ni.
Ini adalah petikan dari utusan: 37 laman web skim cepat kaya dipantauDitanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada mencurigakan atau tidak, Husin Menjelaskan,
pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima.
Pendapat Saya
Buat masa sekarang saya kurang aktif di wangcyber tetapi berdasarkan pengalaman saya menyertai forum di Malaysia,
wangcyber banyak mengajar saya mengenai Perniagaan Internet (nota penting!: bukan Pelaburan Internet). Terdapat
ramai otai-otai (yang saya skang tengok diorang pun tak berapa aktif sangat disana skang..). So banyak yang saya
dapat belajar dengan bertanya. Susah tau sebenarnya anda nak dapat jawapan untuk soalan yang ditanya…
Sebelum saya menyertai satu-satu forum, saya tengok dulu ada tak mereka cakap mengenai pelaburan ntah apa apa atau tak, kerana dulu saya pernah terkena. Cukuplah hanya sekali terkena (rasanya bukan takat sekali :p). Dan antara
forum yang tak suka dengan pelaburan sebegitu adalah wangcyber dan seangkatan dengannya bicarajutawan.
Malangnya skang wangcyber dan bicara jutawan telah disama taraf dengan pelaburan yang selalu ditentang dan ditutup perbincangnya disana. Dulu saya masih ingat, time pelaburan tengah dok HOT, asyik ada aja topik yang dilock sebab bincang pasal pelaburan yang ntah apa apa dan asyik gaduh (kalau anda tau mysticmind, dia tu memang anti ngan skim pelaburan. terus aje kene ketuk sapa-sapa yang dok promote)
Bak kata amanz,
Pasnie tak best ar kalo aku nak pakai tshirt WangCyber nak gi luar selagi Utusan tak tarik balik kenyataan mereka.
macam mana saya nak pakai baju wangcyber bila jalan-jalan kat public nanti? (psst…anda yang tak ada lagi jangan dengki..hohoho!)
tapi bila tengok tajuk dipantau, rasa lega skit sebab tahap tak sekronik 37 laman web diSAHKAN skim cepat kaya…
Apapun, saya harap utusan melakukan dan pihak terbabit supaya buat kajian dan keputusan dengan teliti, bukan semberono aja..
Powered by ScribeFire.

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

May 20th, 2007 at 7:11 pm
hang pun ada tshirt tue ka..? Nasib baik bapa aku tak beli utusan, kalo tak konfirm die tanya aku skim mana yang aku join.. :D
[Reply]
ramzwatcher Reply:
May 20th, 2007 at 11:01 pm
haha…klo tak jadik kes naya ko aman.. hehe
[Reply]
May 20th, 2007 at 7:31 pm
try tanyer org utusan adsense tuh aper. konpem diorang jawab: pelaburan haram tuh!! wakaka!
[Reply]
ramzwatcher Reply:
May 20th, 2007 at 11:04 pm
hurm..tak pat dipastikan sapa yang kluarkan keputusan. Maybe gak orang cyber tu..hurm…
[Reply]
May 21st, 2007 at 4:38 pm
[...] http://www.rajablog.info/blog/wangcybercom-di-pantauapa-kes/ http://www.szab.net/blog/2007/05/18/apabila-berita-tidak…; http://www.badruzamani.org/blog/2007/05/19/wangcybercom-benarkan…; http://amanz.net/2007/05/18/wangcyber-skim-cepat-kaya/ http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id…; http://linncomel.com/index.php/2007/05/19/siasatan-menyeluruh/ http://blog.jomberniaga.com/2007/05/18/ni-apa-kes/ [...]