Tukar RSS Feed kepada Full
Assalamualaikum wbt
Sejak menyertai cabaran 40 hari ni, saya selalu membaca feed blog-blog peserta dengan melalui google reader. Tapi saya sedari satu perkara:
Ramai yang tak setkan rss feed mereka kepada full, iaitu tidak setkan supaya rss dibaca dengan penuh melalui rss reader. Kebanyakkan hanya setkan separu atau sedikit aje.
Satu persoalan yang famous mengenai Mengapa anda harus setkan RSS feed anda kepada FULL atau bacaan penuh adalah
“Adakah ianya baik untuk saya? Tidakkah ia menjejaskan traffik ke blog saya?”
Pendapat 1: Saya TIDAK harus setkan rss kepada penuh, hanya separuh. Di perenggan permulaan, saya akan tulis intro yang sangat bagus supaya orang yang membaca rss tersebut tertarik untuk melawat dan membaca artikel penuh dari blog saya. Dapatlah saya tingkatkan unique traffic dan page impression blog saya
key penting:
1. setkan permulaan yang bagus
2. dapat banyak page impression dan unique visitors
Pendapat 2: Saya HARUS setkan rss feed kepada penuh supaya ia dapat memudahkan pelanggan feed saya membaca dan melihat artikel saya. Cuma saya risau page impression dan unique visitors saya akan drop.
key penting:
1. memudahkan pelanggan
2. mungkin page impression dan unique visitor akan kurang
Baiklah, apa pilihan pendapat anda?
Bagi saya, saya lebih sukakan pendapat 2 kerana bagi saya memudahkan pelawat/pelanggan rss adalah lebih penting. Mungkin kerana bias - saya juga suke membaca post dari rss reader :P
Powered by ScribeFire.

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Apr 7th, 2007 at 5:41 pm
1 kelebihan full RSS, kita boleh auto reblogkan dia guna tool macam RSSToBlog atau Reblog
[Reply]
Apr 7th, 2007 at 5:43 pm
oh? tapi bleh jadi spamblog gak camtu..hurm..
[Reply]