Trackback dan Contohnya

Apa itu trackback? Apakah fungsi trackback?Bagaimana Menggunakan trackback bagi wordpress?

Assalamulaikum wbt

Nampaknya selepas saya menghasilkan post semalam yang bertajuk Apakah perbezaan antara laman web dengan blog? Kelebihan blog berbanding laman web html?, maka kita akan bincangkan mengenai trackback. Saya akan gunakan gambar kerana senang nampak perbezaannya. Lagipun, baru saya perasan yang trackback nie sebenarnya tak susah dan sebenarnya senang sahaja.

Apa itu Trackback? trackback membenarkan blog menghantar mesej untuk memberitahu blog yang lain mengenai kritikan yang diberikan mengenai topik tersebut dan memberikan sumbernya sekali (terpapar nama pengkritik tersebut di bahagian komen).

Itu definisi standardnya lah. Baiklah, saya petik dari post semalam:

Situasi 1: orang lain meletakkan link dan artikel saya dib log beliau tanpa trackback

Katakan blog satay diy meletakkan url rajablog di post beliau, tanpa merujuk kepada mana-mana post. Sebagai contoh: http://rajablog.info/blog.

09182006053544 Trackback dan Contohnya

Gambar dari blog satay diy p.s: anggap blog satay diy letakkan url rajablog.info

Maka di bahagian admin saya, dashboard akan tertera begini. Ya, saya akan mengetahui bahawa satay diy sedang bercakap pasal saya!

09182006053136 Trackback dan Contohnya gambar di bahagian admin saya

Saya menyedari hanya dengan melihat incoming link di bahagian admin, di bahagian dashboard seperti diatas

Situasi 2: beliau meletakkan trackback.

Maka dibahagian komen saya, akan dipaparkan nama beliau dan sedikit apa yang beliau bincangkan diblog tersebut.

Ini adalah post saya mengenai komen dari blog syazelle.com dan saya telah meletakkan Url Post Beliau, bukan semata-mata url sahaja. Contoh url tersebut: http://www.syazelle.com/2006/08/18/behind-the-fellowfriends/

09182006053739 Trackback dan Contohnya

gambar 1 post dari rajablog

Maka di bahagian komen beliau akan tertera sebegini:

09182006053856 Trackback dan Contohnya

preview post saya terpapar diblog syazelle.com

Tambahan(editing on 10pm):

Kita lihat contoh yang lain pula.

Sekarang saya telah cuba trackback antara 2 blog saya iaitu game rajablog dan rajablog.info(post ini).

Di Blog Game RajaBLog

1. Blog Game saya telah membuat ulasan untuk post ini dan meletakkan url post ini disana.

09202006020015 Trackback dan Contohnya

2. Maka blog Game RajaBlog akan menghantar ping (memberitahu) ke post blog ini. Bagaimana saya tahu? Perhatikan gambar dibawah: already pinged [url post]

09202006021740 Trackback dan Contohnya

Di Blog RajaBlog.info

3. Setelah post ini menerima ping (diberitahu), maka dibahagian komen post ini akan terdapat komen dari blog game tersebut.

4. Maka dibahagian admin rajablog akan dipaparkan seperti ini:

09202006015246 Trackback dan Contohnya

Perhatikan list ke-4, Game RajaBlog.info telah keluar dibahagian komen saya.

maka ringkasannya, katakan anda mengulas tentang post A diblog anda, maka secara automatik setelah publish, komen akan dipaparkan dibahagian komen post A.

Tak percaya? Cuba anda ulas post saya ini diblog anda (pastikan anda letakkan url post ini!)
Ada apa-apa lagi? jom bincang!

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

11 Responses to “Trackback dan Contohnya”

Leave a Reply