Terima Kasih Semua!!
Assalamualaikum wbt
Alhamdullilah, segala puji bagai Allah yang telah menyembuhkan mata saya yang kini beransur pulih
Sebenarnya saya ingin memulakan blogging pada 2 hari yang lepas, malangnya saya demam dan mata pula tak selesa memandang laptop. So saya batalkan niat sebelum ini.
Terima Kasih Semua!
Saya sebenarnya mahu mengucapkan berbanyak terima kasih (jutaan bilangannya :p)
kepada semua yang telah mendoa atau mengucapkan selamat kepada saya.Antaranya
zaki blogjer, alongovtx , reezluv, aman, BAGAK, zool, dik mal
, rushdy , Shamsul, Bat, Maizul, krul, affuan, ktom, smartzul, azwanhadree, ramtzy0, hasrul, abdfaah, Ahmad Uzair, noushy_syah, Saharman, Awqi_zar, Fai, Irfan, Mustahing, Noorizam Shah, dan lastly kak zawiah
Terima kasih kepada anda semua, semoga Allah membalas doa anda sekalian dengan balasan yang lebih baik, amin.
Izinkan saya bercerita secara ringkas mengenai masalah mata saya ni, moga-moga menjadi panduan dan informasi berguna untuk anda semua.
Masalah dan Simptomnya
Saya tak berapa pasti bila mata saya mulai kabur, dan tidak pula saya mengalami sebarang hentakan, kemalangan, bertumbuk atau keturunan. Kerana jahilnya saya, bila saya mulai sedar ada titik buta (seolah-olah mata dalam mata anda ada minyak bewarna kelabu kehitaman), saya tidak terus ke klinik hingga seminggu. Fikir saya, nanti dia eloklah. Takpun nanti gi klinik, 2-3 titis ubat baiklah ia nanti. Secara jujur, saya sebelum ini tidak pernah mendengar orang mengalami masalah sedemikian, sebab itulah saya tak tahu menahu akan hal ini.
Dalam kes saya, kemungkinan urat mata lemah, dan apabila overuse, ia tertanggal. Kata Doctor, jika saya datang lebih awal, saya mungkin hanya menerima laser treatment, taklah sampai kena operate.
Kesannya
Mata saya masih kabur sehingga kini tetapi beransur pulih. Cuma ada kecacatan pada pandangan, analoginya bila saya memandang bentuk bulat, ia tidak akan kelihatan seperti bulat tetapi akan ada lekukan dari tepi kanan bulan hingga ke tengah bulat tersebut (boleh faham ke?). Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ia masih boleh nampak :D
Kos rawatannya
Kos operation saya telah ditanggung oleh pihak insurans UTP, lebih kurang RM1300. Jika anda tidak memiliki insurans, seeloknya anda mendapatkannya segera kerana malang tak berbau atau memberi signal. Saya sedia bercerita mengenai hal ini jika anda memerlukan ’sedikit celoteh’.
Pengajarannya
Saya rasakan masalah ini tetap berpunca kerana ‘overuse’ mata. So jika anda addicted kepada internet atau komputer, bleh ubah la kot. 2 atau 4 jam sekali rehatkan mata. Satu lagi, kalo ada apa apa masalah ngan mata, terus je g klinik atau hospital berkaitan, mungkin anda tak perlu kena operate macam saya? Pengajaran ketiga adalah cuti mc operate mata memang lama. Saya dapat cuti 1 bulan dan ditambah lagi jika diperlukan.(eh, ini pengajaran kah?)
Apa pun, kita ENJOY sambil berjaga-jaga~

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Aug 16th, 2007 at 1:47 pm
selamat kembali…
[Reply]
Aug 16th, 2007 at 3:29 pm
hi ramz, welcome back..so a lesson for all. Actually sy jarang online disebabkan masalah mata juga..so, take care of your eyes. Jgn overpush sgt, slow2 dan buat apa yg termampu jer dulu skang.
[Reply]
Aug 16th, 2007 at 9:36 pm
alhamdulillah la dah ok..takde ape-ape simptom pun kan?memula ni bawak-bawak la banyak berehat..mata tu letih ngadap komputer plak..belum lagi masanya..rilek kan mata tu tgk benda-benda sejuk cam gunung,awan dan sebagainya..:)
pastu baru la blogging sesikit..:)
welcome back..:)
[Reply]
Aug 18th, 2007 at 1:23 am
alhamdulillah…selamat kembali Ramz.
[Reply]
Aug 18th, 2007 at 2:07 am
terima kasih kepada anda semua yang telah memberi komen ye.
Tapi saya still online sket2 je la..
[Reply]
Aug 21st, 2007 at 2:33 am
alhumdulillah ramz dh kembali!gembira plok sy..hehe..ape2 pun..rest la byk2 skit..ble mtk org tlg updatekn blog..mcm infomalaya buat..bat xde..mohdismail tlg updatekn blog die..hehe..sram plok dgr citer ramz..mate sy pun dh b’tmbah rabun..huhu..kne tmbh power cermin mate nie..huhu..ok..gud luk bro..
[Reply]
ramzwatcher Reply:
August 21st, 2007 at 3:26 am
oh, diorang grouping tu awqi_zar. Saya pun nak tambah penulis @ sekurang-kurangnya backup writer kat sini.
[Reply]