Template Yang Dah Ada Atau Berbayar?
Sesetengah orang memandang isu ini sebagai isu yang biasa , tak payah bincang pun tak apa..
1. Template sedia ada ada percuma?
Kebaikan
Percuma. Sah yang ni sebab utama kan? Lagi-lagi preblogger macam saya :P Tak payah bayar. So udah jimat dong!
Banyak dan pelbagai. Wah, kalau surf template yang free pun berlambak-lambak yang lawa dan cun. Dan kalau diperhatikan, banyak themes yang di-release setiap hari.
Keburukan?
Tak Istimewa. Kalau anda rajin surf, pasti akan berkata “eh, samalah template blog nie ngan aku punya”?
Dan perasaan tak senang jugak akan timbul kalau anda dah betul-betul suka dengan template tersebut. Yelah, mana bleh share “buah hati” dengan orang lain. Mesti terasa punya..Ramai sukakan themes yang lawa. Standard lah sifat manusia, mahukan semuanya lawa-lawa.? Oh ya, akhir-akhir ni saya tengok ramai yang guna template dari bloggingpro, yang color biru tu..Ada la 4-5 blog yang saya jumpa minggu ni yang guna themes yang sama… :D
Takde personaliti. Kadangkala themes memainkan emosi dan memori seseorang. Kalau themes tu lawa giler and sorang je pakai, so orang akan senang ingat.
2. Berbayar
Kebaikan?
Unik dan mempunyai personaliti sendiri. Bila anda menempah themes dari seseorang, hanya anda je yang ada theme tu. So sangat-sangat unik dan menjadi personaliti untuk anda.
Branding. Themes yang lawa dan mempunyai logo yang senang diingat (logo teks seperti web 2.0) akan membantu anda untuk membina branding, terutama jika anda serious.
? Lawa dan menarik. Inilah yang sepatutnya, sebagai pengguna anda harus “mengerjakan” designer tu dengan sepuas hati. Maklumlah, anda berbelanja untuk satu themes tu..
Keburukan
1 je rasanya keburukan dia. Anda perlu berbelanja dengan agak besar. Saya tak pasti kalau anda mendapatkan khidmat dari Bat, Aman atau Cypher tapi kalau standard internationalnya serendah $250 (RM750)? hingga ke $5000(Rm15000). Wah, Mahalnya!? Ho ho.
Jadi kesimpulannya, mana satu? Mudah aje sebenarnya. Tepuk dada dan tanya selera!
p.s: Bleh bocorkan apa selera anda??
p.s.s: Amanz, Bat dan cypher, beritahu ar berapa caj rate korang. Mana tau kot-kot ada orang berminat.
p.s.s.s: Bat, mana nye? He he
templates blog tu di buat atas usaha sendrii.pernah teringan nak pakai yang ade orang lai ncreate..tapi tak feel laaa:)
[Reply]
suka’kan template percuma + modifikasi ikut selera sendiri :)
[Reply]
hehe..dalam proses..sabar ek ramz.. :)
[Reply]
Ramz..cek emel, hehe..Err baru perasan pasal tanya caj rate tu..Susah jugak sebenarnya bab-bab ni, sebab harga tu bergantung pada klien kita, tahap kepayahan dan juga features2 yang dia nak..
Kadang-kadang boleh jadi mahal dan kadang-kadang boleh jadi murah sampai tak masuk akal.. :)
Lagipun aku ni student lagi, komitmen lain nak kena buat, tu yang harga jadi tak konsisten, mungkin sebab tak declare betul2 bab harga agaknya..
[Reply]
Memang teringin nak ada themes sendiri..tapi budget tak mengizinkan..tapi satu hari nanti mesti dapat jugak…hehe..
Saya pun suka edit theme…nak buat tak reti..ahaha
p/s: letak la range harga minimum..boleh la tau anggaran dia.. RM250 ke atas ke… :)
[Reply]
kalau nak senang dan puas hati kene la kuar belanja tempah yang custom..
tapi kalau nak jimat duit kene la korban sikit masa dengan mencari theme percuma yang sesuai..
saya pun ade juga pasang angan2 nak buat theme sendiri tetapi blum ade mase nak study abis css & xhtml lagi..
so sekarang ni takat cari yang free pastu modify mana yang patut..yang penting kredit keatas owner asal theme patut diberikan :)
[Reply]
uhuk! setakat ni belum terpikir lagi untuk buat bisnes dengan mengcoding theme orang. skang ni pun tengah busy dengan final exam. hu3.
maybe selain dari bayaran yang tak berapa mahal, kita mungkin meletakkan link kite kat footer theme orang yang menempah itu. selain dari dapat tambah backlinks kite juga dapat traffics free. tak gitu? hu3.
[Reply]
Blogging for me is just for fun,so I def. will go for the FOC hehhehe…but again still, my another half is kind enough to make special theme and template for berSAMA-MASA…
[Reply]
saya bersetuju dengan Mohd Fazlie, ndak kira la free atau yang berbayar, janji artikel di dalamnya selalu di update, kalau boleh 7 artikel sehari!
[Reply]
buat masa sekarang ni,percuma jelah…edit mana yang mampu.
[Reply]
asalkan kemas :)
[Reply]
sker template free..tp mmg t’ingin nk buat template sendri cume mase xde..kalo ade template sendri bole bg kat org laen mcm yg isnaini,gecko and beautiful beta buat..mcam cypherhackz,sy pun tgh final exam..so,kerja2 psal blog nie terpaksa d’tangguh dlu..huhu..
[Reply]
[...] ketika membincangkan mengenai template percuma atau berbayar (upah), saya mendapat pelbagai reaksi. Wah, rupanya memang anda semua jaga rupa (template) blog [...]
thanks to all yang beri komen. Saya dah reply kat post diatas.
awqi_zar – oh ho. So kite ni lebih kurang sama umur lah ye? hehe..
@bat, amanz, cypher – korang leh wat pakatan ar nanti. Jangan lupe aku pun mau join skali cuma tunggu kene blajar wat themes camne lah. hehe..
[Reply]
@ramz: ades,camne ble kantoi umur dgn ramz nie..haha..
[Reply]
oh? ramai bloggers mude range dia antara 17-25 tahun :P
[Reply]