Anda Berada di > Muka Utama / Bahasa Melayu, Search Engine Optimization - SEO / White hat, grey hat dan black hat in Malay

Teknik White hat, grey hat dan black hat, ape kebenda tu?

blackhat Teknik White hat, grey hat dan black hat, ape kebenda tu?Assalamualaikum wbt

Apa khabar hari ini? Oh, dah lama saya tak update blog ni and selepas minggu sibuk disini berakhir, blog ni akan berkongsi perjalanan seorang blogger, antaranya mengenai updates beberapa projek RajaBlog Network. Saya pun akan mencuba teknik blackhat yang sederhana dan tak terlalu extreme. Saya pun kena praktik sikit-sikit - rugi tak buat benda yang kita belajar  :D

Baiklah, hari ini saya akan berkongsi mengenai white hat, grey hat dan black hat untuk Search Engine Optimization (SEO) dari segi definisi dan contoh:

Teknik White Hat

Teknik White Hat bererti anda membuat laman web atau blog mengikut rules search enjin seperti yahoo dan google - buat satu website, paparkan pendapat anda, lakukan link exchange dan melawat ke blog orang lain. Pendek kata ia cara biasa yang kita lakukan. So skang jom tengok teknik grey hat pulak.

Teknik Grey Hat

Saya percaya ramai yang menggunakan teknik ini tapi tak perasan. Teknik Grey hat contohnya adalah seperti mengambil content orang lain - edit - dan paparkan di web/blog anda. Editing dilakukan pun sebab taknak panalti dek google. Siapa yang tak biasa, sila beritahu :P

Teknik Black Hat

Teknik black hat pula merupakan teknik spam enjin carian. Mereka menggunakan perisian untuk mengubah content website dan secara automatik, so blog mereka boleh siap dalam masa 10 minit. Pastu ada 100 website pulak tu. Lagi satu, kebiasaanya web yang menggunakan black hat ni tak lawa, tiru content orang lain bulat-bulat dan tak update sangat.

“Habis apa guna diorang wat camtu?”

“Tak kisahlah langgar etika ke, copyright ke, apa ke…Asalkan aku dapat duit!”

Tujuan blackhatters (si pengguna blackhat) adalah untuk mendapatkan DUIT. Tapi AWAS, teknik black hat yang kantoi - dikesan oleh google akan membuatkan web anda di buang dari penyenaraian mereka dan akaun adsense anda akan diban! So fikir dulu sebelum bertindak, dan bertindak cara bijak - jangan kantoi :D

Ada apa dengan Teknik white,grey and black hat seo?

“Abes teknik black hat berbahaya, kenapa orang nak buat jugak”

Cara ni dapat buatkan pengguna disenaraikan di bahagian teratas Search Engine (yahoo, google). Makin tinggi di enjin carian, makin ramailah pelawat blog. Bila dah ramai tu, mesti yang ada klik adsense, klik chitika ads, klik affiliate produk di blog kita. So its about Money jugak lah ;)

So harapnya post kali ni anda dapat gambaran mengenai semua teknik ini dan kalau ada soalan, kita boleh bersoal jawab di ruang komen :D

Powered by ScribeFire.

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

3 Responses to “Teknik White hat, grey hat dan black hat, ape kebenda tu?”

  1. Aisyeh… ini ke maksudnya hehe..!! Ingatkan benda alah software apa la dia org pakai siap ader warna-warna semua tu ahkekek…!!

    Mr LePaK’s last blog post..Dropit: Lokasi Perkongsian Anda

    [Reply]

  2. yup.manusia demi duit.sanggup buat apa-apa.hahaha.

    BlogRants’s last blog post..Blogging For Money? Blogging For Passion?

    [Reply]

  3. [...] Saya pernah menulis bagaimana komen dapat membantu meningkatkan SEO beserta perisian terbabit utuk mendapatkan banklink, iaitu link ke web anda selepas anda meninggalkan komen di blog terbabit.  Teknik SEO boleh dikategorikan sebagai Black Hat, White Hat dan Grey Hat. [...]

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>