Teknik Gaya Penulisan Yang Menarik

Siapa yang anda kagumi gaya penulisannya?
Blog mana yang selalu anda kunjungi dan apakah gaya penulisannya?

Assalamualaikum w.b.t

Setelah seminggu menyimpan niat untuk mencoret teknik penulisan yang saya perhatikan di blog beliau, akhirnya pada hari ini lepaslah niat saya dengan menulis post ini.

Sebelum itu, apa pendapat anda mengenai gaya penulisan seseorang di blog beliau?

Bagi saya, gaya penulisanlah yang mampu memberikan kelainan dan hiburan pada sesuatu blog. Dan antara sebab blog lebih popular dari web biasa adalah susunannya dan gaya bahasa yang tidak begitu formal ? bloggers yang popular biasanya ada cara tersendiri dan lebih friendly dalam menulis sesuatu post!

Saya sangat berminat untuk menghasilkan post yang menarik dan guru terbaik adalah membaca dan menganalisa tulisan yang anda rasakan menarik

Maka hari ini, saya bongkarkan bahan kajian saya, gaya penulisan saudara Shuth! (abeslah bro shuth kali ni jadik tikus putih..)

Saya telah lama mengikuti blog beliau di www.mohdsuhaimy.com, sejak tahun lepas lagi. Gaya penulisan beliau sangat menarik dan amat saya kagumi. Saya tidak pasti dari mana beliau mendapat gaya penulisan yang menarik tetapi beliau merupakan peserta bengkel penulisan Azizi Ali, best seller author :D

Dah, cukup rasanya sesi memuji beliau (kang dia baca kembang plak lubang idung dan lubang-lubang yang lain..keh keh keh..)

Sekarang kita tengok ciri post beliau yang menjadikannya menarik..

1.kronologi post – bercerita

Saya dapati bahawa kebanyakkan post beliau menggunakan cara bercerita -  ia disusun dengan taratur dari a ke k (sebab cerita dia tak abes, ada banyak rahsia lagi :P)

Ia penting untuk membuatkan pembaca menghayati dan memahami apa yang mahu disampaikan.

2.unsur humour atau lawak


It s*?% man?.  saya menangis sambil menghempaskan diri di atas katil dan
memukul-mukul bantal dengan kedua-dua belah tangan? di dalam hati.


3.teknik imaginasi

Menggunakan tulisan, beliau mengheret anda untuk turut sama berimaginasi seolah-olah berada di tempat kejadian (huh, betul ke perkataan tu? lantak la..)


Kini! rosyam nor mula sedikit resah.. ?Eh! apa pula skim
piramid? Aku dah keluar banyak modal beli skrip ni serta dah
mengeluarkan banyak masa & usaha untuk membuat website ini!
Senang-senang je diorang nie kata aku punya website nie skim piramid!
Mana boleh macam nie!?..
bentak hati rosyam nor?.

?Ah! aku tak kira.. selagi aku tak balik modal dan dapat banyak duit! aku akan teruskan dengan usaha aku ni!??
kini rosyam nor membulatkan tekadnya.. (Oh! teringat pula kisah seorang
pemuda yang telah terlanggan seorang pelacur.. disebabkan dah banyak
duit dikeluarkan.. maka, amatlah rugi jika dia melepaskan sahaja
pelacur itu berlalu pergi tanpa marasai apa-apa nikmat bergurau senda
diantara pusat dan lutut! Oh!.. maaf jika ayat ini telah menghairahkan
anda!.. nampaknya memang sesuai lah post kali ini bertajuk ?cerita
ghairah?)

Saya rasa cukup dulu untuk masa sekarang. Kalau ada penemuan baru, saya akan tambah lagi. Apa pendapat kamu ye?

powered by performancing firefox

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

8 Responses to “Teknik Gaya Penulisan Yang Menarik”

Leave a Reply