Posts Tagged ‘petra raja kamarudin’

Sudahkah Anda menonton Wawancara RTM bersama MalaysiaToday?

Assalamualaikum wbt

raja_petra_images Beberapa hari lepas saya sempat menonton rancangan blog terbitan RTM yang di download dari youtube mengenai politik Negara dengan tetamu jemputan, Raja Petra Kamarudin. Beliau merupakan penulis blog politik terkenal tanah air, MalaysiaKini.com dan Malaysia-Today. Saya tidak pasti bila rancangan tersebut mula disiarkan tetapi ia satu permulaan yang baik untuk mendedahkan dunia blogger kepada luar tetapi jika anda lihat wawancara berkenaan, pasti rancangan tersebut tidak dapat bertahan lama di pasaran atau mungkin sebaliknya setelah melihat rancangan ini. MalaysiaKini dikatakan oleh ‘host’ mendapat ratusan juta pengunjung setakat ini – satu statistik yang menandakan arena blogging negara tak kurang hebatnya, cuma blog dalam bidang lain masih ketandusan ;)

Kerana rancangan tersebut juga, saya telah mencari perihal si Raja Petra ni dan dapati rupanya beliau bukan calang-calang juga orangnya. Pernah ditahan, dipenjara dan juga didenda. Quite a tough guy :D

Anyway enjoy the video utk sesiapa yang belum lihat rancangan tersebut lagi. Meskipun anda bukan peminat politik, see it first and get the idea what is happening in Malaysia :)

Video bahagian 1

Video bahagian 2

Video Bahagian 3

Rujukan: Wikipedia: Raja Petra Raja Kamarudin

Zemanta Pixie