Posts Tagged ‘panduan menaip’
Berapakah kelajuan anda menaip?
Assalamulaikum wbt.
Hari ini kita bercakap mengenai faktor yang sebenarnya boleh
membantu anda menjimatkan masa ketika blogging iaitu kelajuan menaip.
Saya percaya kelajuan untuk menghasilkan satu-satu post
dapat menjimatkan masa si penulis blog dan ianya merupakan satu kelebihan jika
mampu menaip dengan pantas.
Kelajuan menaip saya adalah 34 wpm (words per minutes),
iaitu 38 perkataan untuk seminit. Boleh dikatakan kategori medium-low
jugak lah – tak terer lagi lah.
Bagaimana Anda Boleh Mempercepatkan Taipan Anda?
Melalui latihan
Sebelum ini saya pernah berlatih menggunakan permainan
menaip iaitu typershark. (saya satu dari game yahoo). Kesannya, kelajuan saya menaip bertambah dan kegunaan
jari jemari saya juga turut bertambah. Saya masih teringat akan kata-kata
seorang professional ketika berada di MRSM dulu yang hadir memberikan ceramah:
?Kelajuan menyiapkan satu tugasan berkomputer bergantung kepada bagaimana anda
menaip?
Bila saya dalami maksudnya, secara kasarnya kita tahu cara
menaip boleh membantu untuk menyiapkan kerja dengan lebih pantas. Tapi apa pula
kaitannya dengan bagaimana cara saya menaip?
Ada
orang menaip dengan menggunakan dua jari, mungkin juga tiga jari. Tapi golongan
yang belajar menaip cara yang betul akan mempunyai kelebihan dari segi:
- penggunaan
jari jemari secara keseluruhan
jari yang terdekat akan menekan
kekunci yang paling hampirnya. Ini bererti kuranglah jarak jari tersebut untuk
beralih ke kekunci yang lain. Cuba
kita bandingkan orang yang menaip menggunakan 2 jari sahaja, setelah menekan
kekunci G, perlu ke kunci A selepas itu ? jauh bukan?
- mampu
bertahan lebih lama (macam pernah je tgk iklan guna ayat ni, dimana ya?..hehe..)
Mereka yang menggunakan 2 jari akan
mengalami keletihan setelah waktu yang agak lama berbanding mereka yang
menggunakan keseluruhan jari. Menggunakan keseluruhan jari dapat mengurangkan
kejangan pada jari
Jadi sekarang, boleh saya tahu berapakah pula kelajuan anda menaip? Atau mungkin cara yang lebih efisyen?
Updated 2008: Abdfatah.com mencadangkan beberapa software berikut, salah satunya adalah typingshark yang telah saya terangkan diatas.
latihan cara menaip pantas dengan games typing shark
download software typing master
mari kita jenguk apa yang menarik dengan spacebar games ini.