Posts Tagged ‘Naruto Shippuden Episode 1-46’

Pelancaran Rangkaian Blog Rajablog: MyAnimeOnline.com!

Syukur Alhamdullilah kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya pada hari ini, dapatlah pihak Rajablog.info mengumumkan pelancaran blog terbaru dalam rangkaian Rajablog Group, iaitu MyAnimeOnline.com

header

MyAnimeOnline.com adalah satu usaha sama antara 3 orang (mungkin akan bertambah seorang lagi?) iaitu Azwan Hadree, Saudara Izuddin dan saya sendiri. Matlamat MyAnimeOnline.com adalah menjadi salah satu web anime kegemaran dari pengunjung seluruh dunia.

Saya sendiri telah lama mengidamkan untuk mempunyai laman web sebegini kerana salah seorang dari fan anime Naruto dan One Piece, cuma kesibukan menghalang. Terima kasih kepada 2 orang nakama MyAnimeOnline.com kerana sudi bekerjasama untuk merealisasikan blog ini. Harapnya kita akan terus memperbaiki dan “maintain” blog tersebut.

www.MyAnimeOnline.com Snapshot

Teknologi

Apa yang membuatkan blog ini lain dari blog sedia adalah integrasi antara Amazon.com dan juga wallpaper gallery. Anda boleh saksikan sendiri integrasi tersebut dan kita lihat sama ada ia berkesan membuat sebarang jualan atau tidak sedikit masa lagi nanti.

Promosi

Well, kami bercadang untuk membuat beberapa cara marketing yang sedang hangat diperkatakan sekarang, antaranya video marketing. Namun hanya masa akan menentukan sama ada kami berkesempatan untuk terus menghasilkan video (jika hasilnya bagus, mungkin?)

And lastly, enjoy our first ever released video on youtube!!