Posts Tagged ‘ebook percuma’
Panduan Gmail Untuk Blogger dan Webmaster Diterbitkan Sempena Kemerdekaan!
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua pembaca RajaBlog.info
Panduan PERCUMA Gmail untuk WebMaster dan Blogger ini telah saya terbitkan untuk membantu webmaster dan blogger yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging dan web. Penerbitan report kali ini adalah sempena dengan bulan kemerdekaan negara yang akan mencapai 51 tahun kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.
Panduan ini bukanlah sesuatu yang akan mengajar anda untuk membuat duit atau sesuatu yang melibatkan duit, tetapi lebih kepada untuk meningkatkan produktiviti.
Kebanyakan ilmu yang terkandung dalam report ini sesuai untuk mereka yang mempunyai domain name sendiri. Semua ilmu ini adalah koleksi pengetahuan saya mengenai gmail selama beberapa tahun dan ia membantu saya dalam meningkatkan proses pembelajaran saya dalam bidang blogging mahupun internet marketing.
nota: jika anda telah mempunyai keahlian dengan ruangan membership RajaBlog, anda hanya perlu login ke ruangan membership tersebut sahaja.
MENGAPA ANDA PERLU MEMBACA PANDUAN GMAIL INI?
Jika anda telah lama mempunyai email address, anda akan dapati email amat penting. Anda masukkan ia ketika mendaftar transaksi bank secara online, anda masukkan email untuk download percuma seperti report ini, forward jenaka kepada kawan-kawan dan seumpamanya.
Dan itulah masalah yang sebenarnya, semuanya mahukan email! Maka secara tak langsung banyak email akan terkumpul. Ada yang mustahak dan ada juga yang tak perlu dibaca pun. Dengan membaca report ini, anda sebagai blogger & Webmaster, anda akan mengetahui tentang:
Bab #1: Pengenalan Gmail
Bab #2: Gmail sebagai Pusat Kumpulan Email
Bab #3: Jimatkan Masa dengan Menapis dan Mengasingkan Email yang Diterima.
Bab #4: Tingkatkan Traffik dengan Meletakkan Signiture
Bab #5: Tingkatkan Jualan Ribuan RInggit dengan Email atau Autoresponder Segera
