Posts Tagged ‘Catriona’

Blog Bukan Niche seperti blog personal apa salahnya

Pada artikel yang lepas saya ada menulis tentang Mengapa Niche Blog dan mungkin ada yang tertanya-tanya,

“kalau blog bukan niche macam personal blog, apa salahnya?”

Kebanyakkan blog ditulis berdasarkan apa yang mereka rasakan dan respond kepada persekitaran seperti politik, agama dan budaya dan kehidupan seharian. Mereka akan menulis apa yang mereka sukai atau mungkin berdasarkan minat.

Namun…

Untung batu tenggelam, untung sabut timbul..

popular_people Blog Bukan Niche seperti blog personal apa salahnyaSesetengah orang mungkin ok dengan cara tersebut, dan sesetengahnya tidak. Setiap saat, blog baru akan wujud di dunia dan mungkin di Malaysia, setiap satu minit (tiada data!). Blog personal biasanya kurang diminati atau dibaca melainkan si penulis mempunyai factor X seperti personaliti yang menarik, atau sesuatu yang unik atau mungkin juga seorang yang sudah popular seperti personaliti tv3 atau artis.

MohdIsmail.net sebagai contoh mempunyai personaliti dan gaya bahasa yang unik jika dibandingkan dengan kebanyakan blogger yang lain. Atau mungkin juga Catriona Ross yang merupakan seorang pelakon wanita yang cantik dan popular. Maka pembaca dan pemberi komentar akan merasakan begitu istimewa dan tertarik membaca dan memberi komen dib log-blog tersebut.

Kenali diri anda..

Nak mengubah diri menjadi macam mereka? Well, saya percaya setiap manusia mempunyai kebolehan dan keistimewaan sendiri.  Saya tidak akan menjadi Mail dan mungkin anda pun sama.  Bagi saya, hilang keyakinan diri amat teruk sekali. Jika anda terlalu rasa rendah diri atau perlukan suntikan semangat, saya syorkan membaca blog shueqry di iMotivasi.com

Jika anda telah mencuba blog personal dan telah melakukan apa sahaja untuk promosikan blog anda, mungkin anda boleh jadikan ia unik atau mungkin pilih salah satu atau dua minat anda dan jadikan ia satu niche blog. Menggabungkan kelebihan anda dan sesuatu yang telah popular juga satu idea yang baik.

Siapa tahu tuah anda pula ada di sana?

Welcome to Blogging World to Catriona Ross (Sephia)

Petang tadi ketika login ke gmail saya, saya membaca ezine bulanan dari Dr. Irfan Khairi. Dan menariknya saya menjumpai link kuncicinta.com, iaitu web yang menjual ebook perihal cinta yang ditulis oleh Razzi Rahman dan Catriona Ross. Saya percaya ini juga atas saranan Dr.Irfan and thanks to him, dunia blogsphere Malaysia nampaknya akan bertambah meriah.

Sebelum ini saya hanya mengenai blog artis Saudara Afdhlin Shauki di http://afdlinshauki.blogspot.com/ dan Skang tengah hangat duk preview pasal SUMOlah. See, blog is marketing too! hurm…saya masih tercari-cari mana lagi blog artis-artis Malaysia ;)

Sesungguhnya saya amat kurang arif mengenai dunia artis – saya boleh dikata katak bawah tv jika hal-hal artis nie.. :P but Catriona Ross’s blog agak mencuit hati saya. Dengan tema pink and wajah jelitanya menyerlah kekuatan konsep cinta yang mahu diketengahkan, oh.. Sememangnya orang yang design blog dan sales page tu ada Class!

catriona_ross Welcome to Blogging World to Catriona Ross (Sephia)

Tapi ada satu post yang kurang menyenangkan saya sebagai lelaki bertajuk 3 things about man…liar,liar and liar! Kesian sama saya yang ngak bersalah lagi mau disalahkan jugak sih..So lelaki, defend yourself there :P eh, tak efek jualan ke nanti tu kak?

Anyway To Catriona Ross and Razzi Rahman, Happy blogging :D

Apa pendapat rakan-rakan bila lawat ke sana?