Posts Tagged ‘Buat Duit’

Boleh ke buat duit banyak-banyak dari blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris?

BPC-CoverMedium Boleh ke buat duit banyak-banyak dari blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris? Saya telah membaca ebook Blog PayCheck dari Profit Blogger yang telah ditulis oleh Gobala Krishnan. Ebook tersebut telah menyenaraikan pelbagai cara buat duit dari blogging, terutama dari segi content writing atau sebagai penulis blog yang boleh dikatakan menjadi tetapi perlukan satu kickstart – menulis English dengan agak baik.

Buat Duit Banyak-Banyak dari Blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris?

Jika anda fikirkan bahawa anda boleh buat duit dan hidup sebagai blogger hanya tanpa menulis dalam Bahasa Inggeris, fikirkan semula. Dan jika anda telah diberitahu oleh sesiapa yang, anda boleh buat duit dengan banyak dari Blogging tanpa mampu menulis bahasa inggeris, jangan mudah percaya.

Untuk blog marketing, anda masih perlukan tahu menulis dalam bahasa inggeris, walaupun tak mahir. Blog commenting, sertai forum, menghantar blog ke directories, yahoo answers marketing, facebook marketing, twitter marketing dan seumpamanya, semuanya perlukan bahasa Inggeris.

Anda boleh SPAM dan tahu sikit-sikit jer bahasa Inggeris, tapi untuk long term, saya kira ia tidak berbaloi. Anda perlukan networking untuk topik yang sama, supaya anda boleh membuat jaringan untuk jangka masa panjang. Maka berbual-bual/contact selalu adalah perlu. Takkan nak guna bahasa Isyarat kot?

Sedikit Kisah Saya

387210 Boleh ke buat duit banyak-banyak dari blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris? Saya berada di UTP lebih dari 4 tahun. UTP menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara di sini, maka bahasa Inggeris saya sedikit improve.

Tapi malangnya untuk menulis dalam bahasa inggeris dengan baik, tanpa kesalahan grammar yang teruk, saya gagal.

Saya tak berkeyakinan dan tersekat-sekat menulis dalam bahasa Inggeris. Satu artikel sepanjang 1 page pun sampai 30 minit. Itupun banyak ayat yang tak kena.

Maka apabila berkaitan blogging, saya lari mencari jalan alternative seperti membuat vblog (video blog). Oleh itu terhasillah MyAnimeOnline.com yang dikongsi dengan Azwan dan Izuddin.

Ya, saya berjaya lari dari masalah berbahasa inggeris, tapi as time goes on, saya dapati perlu juga menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris. Untuk blogging, untuk hidup dan untuk anak-anak saya kelak (siapa yang nak ajar dirumah kalau dua-dua tak reti?)

Saya perasan penggunaan bahasa Inggeris saya mula meningkat dalam satu kelas yang dinamakan Professional Communication Skills yang mementingkan percakapan dan open presentation dan discussion.

Ia mementingkan 2 ways communication. Anda bercakap, ditanya dan kadang-kadang digelakkan. Apabila semua terpaksa bercakap dan tunjukkan masing-masing ada kelemahan, semua akan berfikiran lebih terbuka. Jadi minda kita akan bebas masukkan maklumat dan belajar. That is how it works for me!

Itu cerita hampir 2 tahun dahulu. Namun life saya kembali kepada normal. Kadar bercakap dalam Inggeris semakin berkurang, lebih banyak mendengar orang berbicara.

Semasa cuti pertengahan tahun yang lepas (bulan 6 lepas) saya ada berniat untuk ulangkaji semula bahasa Inggeris, tapi terbantut. Tiada masa, dan tak tahu dimana buku belajar English (bercampur dgn buku adik2 – alasan!) Mungkin suasana nak belajar tak se-conducive dulu.

Dan terima kasih kepada Cikgu Azleen, kini saya boleh belajar Bahasa Inggeris lagi secara terbuka. Saya percaya mereka yang dah join mesti jenis yang terbuka dan tak kisah buat salah dalam belajar.

Saya akan cuba dulu Level 1 and kongsi pendapat saya tentang program Easy English ni. Untuk mereka yang berminat, boleh jenguk di:

[+] Program Easy English – Belajar English dengan mudah, dimana-mana sahaja

http://www.kelasenglish.com

Oh ya, konklusi post kali ni?

Panduan PERCUMA Adsense WordPress, perlu atau tak?

Apa yang saya sedang fikir…

Saya sedang berfikir, apa lagi panduan percuma yang boleh saya berikan kepada subscriber dan pembaca blog RajaBlog.info. Apa yang saya fikirkan sekarang adalah sama ada:

- Panduan percuma gmail untuk webmaster & blogger

- Panduan percuma Adsense untuk WordPress

Panduan Adsense WordPress

wordpress_plugins Panduan PERCUMA Adsense Wordpress, perlu atau tak?Panduan Percuma gmail akan saya siapkan dalam masa terdekat tapi untuk Panduan Percuma Adsense WordPress saya tak pasti sama ada ia diperlukan atau tidak. Jika ya, saya akan tulis mengenai:

  • **plugin untuk wordpress
  • **memilih warna adsense untuk blend dengan theme
  • **dan keyword density untuk adsense menggunakan tools tertentu

Saya tak pasti sama ada saya perlu menulis report itu atau tidak kerana mungkin hal Adsense WordPress dah tepu untuk blogger Malaysia. Jika anda belum tahu mengenai hal tersebut, apa kata anda tinggalkan komen dan berkongsi pandangan anda?

Saya menunggu pandangan anda,

Ramzan Rozali


[memedex: pollid#486768]

Yahoo Answers Marketing

Assalamualaikum wbt

Saya baru sahaja selesei membaca tips yahoo marketing yang telah dipost oleh saudara Syed Ikhwan, salah seorang mentor untuk jomseminar.com – seminar mengenai internet marketing yang berharga RM397

Cara yang diberitahu dari artikel yang beliau kongsikan adalah dengan memanfaatkan fungsi yahoo answers. Yahoo answers adalah web social yang berkonsepkan anda tanya, orang lain jawab dan tandakan ‘best’ answer. Anda akan manjawab soalan yang ditanya dengan setepat yang boleh dan letakkan affiliate link. Cara step by step adalah:

  • daftar akaun dengan yahoo. Anda boleh juga gunakan id yahoo mail/ messenger anda.
  • cari soalan yang baru dan belum dijawab (jika ada). sekurang-kurangnya soalan yang hanya ada 2-3 jawapan sahaja.
  • jawab soalan tersebut dengan mencari informasi dari wikipedia atau google
  • letak affiliate link sebagai reference.

Kelebihan yahoo marketing adalah anda tak semestinya perlukan website atau blog kerana platform anda adalah yahoo answer tersebut sendiri. Jawab dan letak affiliate link.

Saya pernah mencuba mencipta soalan di sana untuk myanimeonline dan ia menampakkan sedikit hasil, oklah walau tak banyak. Itu baru 1 soalan. Macam mana pulak kalau jawab 20 soalan? Mesti lagi banyak click through rate bukan? The bad thing about marketing is repetition – proses mencari dan membuka soalan berulang-ulang, berhari-hari. Mungkin anda boleh scheduledkan hari apa untuk gunakan yahoo answers marketing selepas ini :D

Selamat Mencuba!