Posts Tagged ‘blog sendiri’

Panduan Percuma WordPress Released, yay!

rajablog_logo[whitebg]Alhamdullillah syukur pada Allah berjaya juga saya terbitkan Panduan Percuma WordPress. Dengan lebih dari 67 muka surat, sarat dengan grafik sebagai contoh dan lebih dari 10MB, saya rasa saya boleh menarik nafas lega. Tercapai juga salah satu perancangan untuk awal tahun ke-2 RajaBlog.info – belum lagi, 27 July ni baru 2nd year :D

Sempena dengan tema dan konsep baru RajaBlog, ada juga fungsi baru seperti forum dan direktori blog. Ya, semuanya cakap pasal blog, blog dan blog. Oh, sebab itulah nama kat sini pun RajaBlog ;)

Detil pasal Panduan Percuma WordPress yang telah diterbitkan adalah seperti dibawah. Dan jangan lupa daftar untuk promote ebook percuma ni. Mana la tau kan ada rezeki jangka panjang anda dan saya nanti.. (psstt…daftar untuk tau maklumat lanjut)

“Panduan Ringkas, Bergambar dan Langkah Demi Langkah untuk anda miliki Blog WordPress sendiri – PERCUMA!”

Tanpa sebarang bayaran dan ianya amat mudah difahami. Juga terdapat support forum untuk sebarang pertanyaan lanjut dalam panduan ini!

Secara Ringkas, Panduan ini akan menunjukkan anda

  • - Pencarian Niche secara ringkas
  • - Installation WordPress dan
  • - Asas-asas dalam menggunakan blog wordpress.

Daftar di http://www.rajablog.info/members/

Kenapa WordPress?

Cuba anda baca komentar seorang selebriti blog Malaysia, MohdIsmail:

Blog kau di’Blogspot. Kalau kau ragu akan potensi menulis blog & mahu memulakan blog dengan percuma, gunakan WordPress.com. Elakkan Blogspot kerana Google seperti tidak peduli akan struktur Blogspot yang sudah lapuk. Lebih-lebih lagi ruangan komen. Kurang 1% Blogspot yang aku kunjungi akan aku tinggalkan komen. Ini bukan bermakna semua blog di’Blogspot tidak bagus — cuma sekarang jika boleh elakkan.

Nah, itu salah satu sebab beliau. Sebab lain adalah kena tunggu blogger.com update teknologi mereka dulu untuk fungsi-fungsi tambahan. Baca mereka yang pernah luahkan perasaan mereka di dunia internet:

http://www.bloggeraz.com/10-reasons-to-use-wordpress/

http://wirasutra.com/index.php/component/content/article/29-teknologi/47-why-use-wordpress

http://www.myblogmix.com/wp-plugin/?p=1401

Dan akhir sekali, jangan pula lupa tinggalkan sebarang komen dan cadangan. Nak bagi testimonial pun boleh :D