Posts Tagged ‘belajar SEO’

Belajar SEO – Bukan Rezeki Kau Azwan dan aku perlu muhasabah diri

“Bukan Rezeki Kau Azwan”

Itulah yang mampu saya ungkapkan kerana ketika menulis artikel ini, setelah mengetahui saudara Azwan berada di kedudukan no 2 dalam Cabaran Teknik SEO Wangcyber. Malangnya pertandingan tersebut tamat jam 12 tengah malam pagi tadi. So i guess not your luck azwan, bukan rezeki kau ;) Apapun ini membuktikan teknik SEO Azwan amat gah dan berkesan dengan hanya satu page.

Maafkan saya kepada semua yang terlibat, tapi saya rasakan Azwan, Blog Aneka Free(tak tahu siapa) dan Saudara Abd Fatah layak mendapat pujian dan mungkin juga pemenang kerana secara praktikalnya,  kerana blog mereka bukan dibina atas tujuan pertandingan ini tetapi dan hanya bertanding dengan satu post.

bukan_rezeki_azwan Belajar SEO - Bukan Rezeki Kau Azwan dan aku perlu muhasabah diri

Pandang dari sudut realiti

Jika dipandang dari sudut realiti, kita membina blog untuk kategori spesifik seperti kategori kereta, lain-lain dan personal seperti diari. Maka kita tak akan membina satu blog untuk kereta Honda, satu blog untuk kereta Toyota dan satu blog untuk kereta Proton. Sebaliknya ia diletakkan dalam kategori, honda, toyota dan proton. Lebih praktikal dan buat apa banyak-banyak blog?

Ini bukanlah untuk menidakkan peserta yang ada dan telah menang tapi pandangan saya yang biasa, yang tidak termasuk top 100 pun dalam pertandingan seo ni :D Cuma kebiasannya saya perhatikan, apabila membina blog hanya untuk satu keyword, blog anda akan lebih long lasting dalam search engine.

Tahniah Buat Pemenang! Dapat duit mereka, yay!

Tahniah buat semua pemenang! iaitu:

Belajar SEO Kembali

Aneka Free

Belajar SEO Learn

Muhasabah Diri

Pertandingan SEO ini telah menyedarkan saya betapa lemahhnya saya dalam SEO dan ketandusan idea kerana tiada ilmu seo yang mantap dan terkini. Nampaknya saya perlu belajar banyak dari saudara azwan dan abd fatah. Mereka berdua ni saya kira tak lokek ilmu berdasarkan personaliti mereka ;)

Anda boleh check ranking kedudukan dengan menggunakan tools SiteReport Check

Saya? Not listed in 100 results. Wow? Amazing. Teruk betul :D

Bagaimana pula dengan keputusan anda? Ada belajar apa-apa dari pertandingan ni?

Ramzan Rozali.

Belajar SEO, Mampukah Saya Mendapatkan ranking 1?

Salah seorang warga Wangcyber telah menganjurkan pertandingan Search Engine Optimization (SEO) di mana sesiapa yang mendapat tempat pertama apabila pengguna Google menaip perkataan Belajar SEO, akan mendapat ganjaran seperti berikut:

Hadiah Cabaran “Belajar SEO” :
1) Tempat Pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM100, EBook Terbaru TeknikSEO dan 1 Blog Dot Com Percuma (Percuma 1 Tahun Domain + 10GB Space[1ftp account] + Unmetered bandwidth + 1 Mysql db).
2) Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM60, Diskaun Pembelian Ebook TeknikSEO sebanyak 50% dan 1 akaun ftp (10GB Space + Unmetered bandwidth + 1 Mysql db).
3) Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM40, Diskaun Pembelian Ebook TeknikSEO sebanyak 30% dan 1 akaun ftp (5GB Space + Unmetered bandwidth + 1 Mysql db).

Pada asalnya saya tidak mahu menyertainya kerana bagi saya ia bagaikan satu “batu loncatan” kepada penganjur untuk mendapat untung setelah produk mereka, kerana sebagai peserta, saya perlu memasukkan link ke http://www.teknikSEO.com. Mereka mendapat lead-in ke mailing list mereka tanpa memberikan saya apa-apa? Mana boleh macam ni. Tapi kerana terdapat program affiliate, maka saya kira ianya berbaloi (kot) dengan usaha saya.

Pertandingan ini dimulakan pada 16 Jun lalu dan akan berakhir pada 16 Julai 2008.

Tujuan Utama Saya Menyertainya – Belajar SEO

Tujuan asal saya ingin menyertai pertandingan ini adalah untuk mempraktikkan segala ilmu SEO yang telah saya pelajari termasuk plugins-plugins wordpress yang telah diguna pakai. Jika apa yang diajar kepada saya dalam belajar seo ini adalah benar, maka secara praktikallnya saya mampu sekurang-kurangnya mendapat 10 ranking pertama dalam keyword “belajar seo

Kenapa SEO Penting?

SEO atau Search Engine Optimization adalah langkah-langkah untuk memastikan laman web dan blog anda senang dijumpai dan disenaraikan di papan utama (huh?) carian Google dan seumpamanya. Ia penting memandangkan sumber utama dan old school pelawat web melawat blog anda adalah search engine/Enjin Carian seperti Google, Yahoo, MSN. Nah, anda sendiri pun mesti gunakan Google atau Yahoo untuk mencari sesuatu bukan?

Saya pernah menulis bagaimana komen dapat membantu meningkatkan SEO beserta perisian terbabit utuk mendapatkan banklink, iaitu link ke web anda selepas anda meninggalkan komen di blog terbabit.  Teknik SEO boleh dikategorikan sebagai Black Hat, White Hat dan Grey Hat.

Saya belajar SEO pun kerana saya dengar dan setuju bahawa SEO dapat meningkatkan Jualan Affiliate, Adsense, mahupun servis web anda kerana teknik ini adalah lebih kepada mendapatkan trafik.

Analoginya kenapa perlu belajar SEOnya mudah:

Trafik dari Search Engine -> Laman Web untun wang adsense, Affiliate dan Servis Anda -> TIngkatkan Jualan!

Ranking pertama di Search Engine (SE) akan memberikan anda kelebihan kerana pencari akan pasti melihat web blog anda terlebih dahulu berbanding blog yang lain.

Belajar SEO dengan Teknik SEO

Mungkin ebook Teknik SEO dapat membantu anda?

Rujukan lain:

Why SEO should be important to you

Why SEO is critical to your website’s online marketing success

banner teknikseo.com
Belajar Teknik SEO disini. Lebih pantas dan menjimatkan masa dari belajar sendiri