Posts Tagged ‘bagaimana’
Sebelum Mengubah Permalink WordPress
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Mengubah Permalink Untuk Blog
Dalam ebook Panduan Percuma WordPress, saya ada ceritakan tentang mengubah permalink kepada structure yang baru, untuk tujuan SEO. Entri kali ini akan berbincang mengenai bagaimana mengubah permalink untuk blog baru, blog sedia ada (lama) dan plugin yang digunakan.
Gambar di bawah merupakan keratan gambar dari ebook Panduan Percuma WordPress mengenai bagaimana mengubah permalink untuk blog baru.

Cara tersebut amat sesuai untuk menukar permalink untuk blog yang baru disetup tapi bagaimana pula untuk mengubah permalink blog sedia ada, yang mungkin telah beroperasi lebih dari setahun? Mungkin juga sudah ribuan post yang dihasilkan.
Mengubah Permalink Blog Sedia Ada (lama) sedikit berlainan
Untuk mengubah permalink blog yang sedia ada atau lama, Ia adalah sedikit berlainan. Jika anda gunakan cara pertama, maka kemungkinan besar entri post sedia ada tidak akan berubah dan mengalami masalah. Lagi-lagi kalau anda jenis yang suka hyperlink kan antara post yang dihasilkan.
Gunakan Plugin Permalink Redirect
Maka saya syorkan anda gunakan plugin wordpress ini, iaitu Permalink Redirection.
Pastikan anda aktifkan plugin tersebut dan terus ubah permalink ke
/%category%/%post.html
Selamat Mencuba!
Trafik Percuma Untuk Blog Anda

Semalam rakan saya mesol dari ada memberitahu pasai ebook trafik yang dibuat oleh aman dan am
So baru hari ni saya download (tadi je pon..)
Pandangan Pertama
Wah, bleh tahan AM ngan Aman ye, siap buat ebook trafik tu.
(Oh, ebook free macam ni musti salah satu teknik traffik jugak :P)
Pandangan Setelah Membaca Ebook tersebut
Secara ikhlas saya sebenarnya dah dapat teka sesetengah content ebook tersebut dan teknik-teknik yang diajarkan memang percuma dari segi kewangan tetapi tak kepada usaha (ceh, mana ada benda yang tak payah usaha abang, adik ooii…)
Cara-cara yang dibincangkan adalah Traffic Exchange, List Building Networks, Article Marketing, Blogging For Profit, Forum Marketing, Link Exchange dan Virtual Business Card.
Yang paling menarik perhatian saya adalah hasil dari
link exchange yang ditunjukkan setelah menggunakan teknik add url (sila download untuk lebih lanjut). Tak sangka pulak blog terbiar pun leh dapat hasil dari teknik tersebut. Cuba kalau blog yang idup? Musti ada efek.
So kepada anda yang belum download, bleh download dengan klik pada butang dibawah
p.s: esok saya mau berbincang dengan anda mengenai ezines #01 nanti. Saya ni pendek akal sket bab-bab macam ni, so bantuan anda amt dihargai.
