Sumber Duit Untuk Blog Berbahasa Malaysia?
Assalamualaikum dan Hi kepada anda! Rajinnye membaca :D
Beberapa hari ini saya dan beberapa rakan yang lain telah menyertai cabaran 40 hari menulis blog. Nampaknya Dik Mal telah mula konsisten post di awal pagi (hari ini mengenai believe) dan Aman? pula telah pun menyertai cabaran ini secara rasmi. Mereka berdua telah mencipta logo yang unik untuk cabaran ini – lawa! (amanz, leh aku guna design ko?)? dan Selamat Datang Cikgu Nurul ke cabaran 40 hari! Nampaknya Dik Mal dah ada teman cuma untuk cikgu nurul, saya cadangkan pilih 1 topik besar ye :D
Beberapa rakan lagi sedang dalam proses penyertaan :D. Bro hasrul, bila mau join? Cuma onlinebisnes, saya tak dapat buka blog awak. Ada masalah teknikal ke? Kalau online bisnes terbaca post ini, harap berikan komen..
Baiklah, tajuk perbincangan saya hari ini adalah “Sumber Duit Untuk Blog Berbahasa Malaysia?”
Jika dengan blog Inggeris kita ada macam-macam option untuk membuat duit dari web/blog, tapi
malangnya buat masa ni untuk blog Bahasa Malaysia, kita tiada pilihan yang banyak.
Nak letak adsense atau ppc lain? Asyik keluar iklan Google Hurricane lah nampaknya. Kalau yang guna option ganti ngan color tu plak, asyik keluar warnalah. Tak pun keluar iklan dari indon. Pendek kata, adsense tak berapa syoklah untuk blog Malaysia!
Nak letak text-link-ads? Oh, malangnya diorang takkan pilih dan tak faham apa yang korang cakapkan. Sedih-sedih..
Nak buat pay per post? Beranganlah kita. Sama konsep cam text-link-ads, hanya untuk blog orang putih! “Aku pun putih!” bentak Aman dalam hati. (bukan amanz.net :P). Sorry, we mean English blog only.
Begitulah untuk semua program “make money” in blogging sekarang.
Jadi apakah option yang kita ada?
1. Harapkan program2/sistem Malaysia lain muncul nanti.Bila tu ye? hehe…saya pun teringin mau create 1. Tapi tak reti macam mana. Takat main database and godek sket2 tu tau la..tapi takde la sampai taraf leh buat system ngan skill skang nie
2. buat ruang pengiklanan sendiri.
Cara nie nampak lebih praktikal tapi perlukan proof yang kuat
kenapa awak perlu beli iklan dengan saya? Blog saya lawa? blog saya banyak orang tgk? blog saya itu…blog saya ini?
Kalau anda perasan, dah ada satu iklan leaderboard yang kelihatan seperti adsense. Tapi tu bukan adsense, it’s mine :D
Jika blog tersohor (orang putih lagi!), program pengiklanan sendiri memberikan $$ lumayan sebab tak payah kena bayar kat orang dah. Tapi kat sini, saya no komen..baru aje cube :D
3. Sertai mereka..
Dah tau blog English banyak option, buatlah atleast 1 untuk dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak trafik, pilihan dan readers.
Abes kenapa awak buat blog BM? Alah, cakap orang..
Saya mempunyai beberapa blog english yang lain tapi status mereka adalah inactive atau dengan kata lain lembap. Susahnya saya nak hasilkan satu post, tapi siap jugak la :D
Ok,Anda rasa ada Sumber lain?
p.s: ada, tunggu pesat sket lagi blogging/web malaysia |o|
salam bro, ok sy tertarik ngan topik nie…
sy akui dengan blog berbahasa melayu kita susah nak dapatkan income dari adsense…tp byk lg option yg bleh kita buat..contohnya melalui referal firefox dan ada byk affiliate dr malaysia kita bleh promote sbg alternatif url kepada adsense…
tak pun kita campuk-adukan content BI & BM..ada jgk kuar adsense tue..hehe…
satu lg kita perlu kreatif utk menarik pengunjung utk klik iklan kita ….
[Reply]
betul tu senok, saya pun setuju :D tapi saya nie jenis malas campur adukkan, dont know why :D Kuno sket kot..
and thanks pasal script tu. Nanti bila saya sebarkan, saya akan kredit kat awak ye :D
[Reply]
owh bereh, sama2 zam..
[Reply]
boleh jer nak guna logo tue.. :D
[Reply]
@senok – ur are welcome
[Reply]
btol tu mmg susah kalu blog dah dalam BM. terpakse la buat dalam BI utk join adsense nih…
cuba korang try http://www.nuffnang.com.my
admin:saya tak senaraikan nuffnang sebab belum dibuka kepada advertiser. Kalau dah, InsyaAllah nnt saya letak :D
[Reply]
Erm..menarik topik ni bro.. :)
Masa saya pertama kali masuk dunia blogging ni, saya english, tapi blog saya tu tak jadi..hehe..sebab persaingan kuat sangat dan saya takda strategi time tu..masa tu guna adsense sahaja..
Akhirnya, saya fikir, baik saya cuba cover dunia blog untuk negara kita ni dahulu.. :) untuk income yang saya guna sekarang, macam nuffnang(taktau lagi berapa boleh dapat), direct-link-ads(dia terima blog bahasa melayu, ajaib kan?) dan kerja freelance saya..
Selain tu, saya pernah terfikir untuk buat servis review macam saudara Alang dah buat sekarang..
Duit tu boleh la tampung duit hosting ngan makan kat KL..saya kan student lagi..
[Reply]
direct link ads? ada orang langgan ke kat situ Bat?
[Reply]
haah, ada, tak sangka pulak, tapi sekarang cuma satu iklan sahaja yang masuk..
[Reply]
dah setengah jam. Tak keluar2 jugak..aiseh..
[Reply]
dah setengah jam. Tak keluar2 jugak brape value kat direct link ads..aiseh..
[Reply]
nuffnang dah start dah, try usha blog aku, dah ade dah iklan exabytes.. :D
[Reply]
oh ho. Dia dah tulis tak amanz brapa dia akan bayar nnt? ganaz siot amanz.net ;)
[Reply]
ramzwatcher, emelkan dulu saya detail pasal ‘benda’ tu, emel ramz termasuk dalam bulk mail la..nak reply pun susah..huhu
[Reply]
ramzwatcher,
aku punya blog ade masalah teknikal lagi..
pagi ni nak update tapi tak leh masuk,mungkin team namsahaz sedang update sesuatu..hurm..
[Reply]
takde hal :D tu kantoi sebab teknikal hosting, not ur own fault kan..
[Reply]
geram juga dengar lcf cerita duit dari blog lagi banyak dari duit makan gaji.
aku tetap buat blog melayu kalau kita tak buat siapa lagi ? duit masuk tu cerita lain yg penting kepuasan. kalau kira banyak orang buat software tapi bagi free.
ada blog sendiri bebas tulis apa saja.
[Reply]
ad sa2 cara lagi untuk buat duit dengan blog melayu..adverlets…leh la tmbh duit ckit…hehehe
[Reply]