Siri Memberi Komen : Plugin WordPress

Plugin wordpress

Masalah

Pernahkah anda bertanyakan soalan berkaitan pada post blog
tertentu namun anda tidak kembali untuk melihat jawapan si dia?

?Bukan tak
mahu, tapi saya lupa. Dah tentu saya mahu tahu jawapan kepada soalan saya?


Mungkin ini rintihan hati anda bila menyedari hal ini.

Sebagai contoh saya sendiri pernah bertanyakan kepada
walikard berapakah harga promosi untuk rempah satey diy mereka, namun hanya
menjeguknya kembali 4 hari kemudian, itupun setelah ?laparnya. Lama tak pekena
satey?

Bagaimana mahu
mengatasi masalah ini?

Pada minggu lepas barulah saya tergerak memasukkan satu
plugin baru : subscribe-to-comments. Walaupun
sesetengah dari anda telah menggunakan plugin ini, tapi tiada masalah untuk
saya menerangkan kepada rakan-rakan yang lain bukan?

Jika anda perhatikan pada ruangan menerima komen, terdapat
satu kotak yang tertulis ?Hantarkan Perbincangan/Komen Ke Email Saya? atau seumpamanya yang membolehkan
si pemberi komen melanggan melalui email komen-komen yang akan diterima oleh post terbabit.

komens_2 Siri Memberi Komen : Plugin Wordpress

Maka disinilah wujudnya perbualan, perbincangan dan
interaksi sesama pemberi komen dan juga si penulis entri terbabit. Ini
bermakna, semakin banyak komen dan perbincangan!

Overview: subscribe to comments

Plugin untuk : WordPress

Cara Install : Mudah. Hanya perlu upload mengikut arahan,
aktifkan plugin tersebut dan siap!

Bintang dari saya: 4 dari 5. Tak cukup 1 bintang sebab ianya
akan menggangu pemberi komen pemberi komen yang aktif ? bayangkan si Ali komen
pada 10 blog dan kesemuanya dia subsribe, kan dah mengganggu setiap hari dapat lebih
dari 10 email :P


Jadi sekarang, apa pula pendapat anda mengenai plugin ini? Adakah
anda akan masukkan plug in ini ke dalam sistem anda sebagaimana saya? Jangan lupa berkongi
apakah perbezaan yang mungkin anda dapat rasai di ruangan komen.

powered by performancing firefox

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

7 Responses to “Siri Memberi Komen : Plugin WordPress”

Leave a Reply