Seorang Professional akan Memulakan Blogging di bawah Kawalan Rajablog.info
Semalam saya telah ke rumah kawan saya untuk berbincang mengenai bapanya yang mahu membina blog. Beliau sudah bersara tetapi sebagai seorang bekas pengetua, saya boleh katakan beliau antara golongan professional yang mahu memulakan blogging. Beliau tidak targetkan wang bahkan beliau sendiri yang bercakap beliau tidak mengharapkannya, buat masa sekarang.
Apa yang menggembirakan saya adalah beliau mahu menulis diblog dan bercita-cita ia menjadi blook pada masa depan. So memang kenalah dengan bidang saya(blogging). Selama 4 jam kami berbual dan berbincang, amat seronok kepada saya kerana tema blog beliau mempunyai kekuatan sendiri ? theory vs reality in the school. Beliau akan mengaitkan/membandingkan sistem pendidikan sekarang dengan sistem pendidikan luar negara. Saya sendiri begitu excited dengan penceritaan beliau, yang bagi saya mencabar minda dan membuatkan saya terfikir itu dan ini. Saya percaya pengalaman beliau akan menarik perhatian golongan pendidik dan umum. Namun perbincangan kami berhenti setelah isteri beliau mengingatkan bahawa saya perlu bekerja esoknya (jam pada waktu tu tunjukkan 12.00 malam)
Mengapa Golongan Professional Tak Blogging?
Saya sempat bertanya kepada beliau, Mengapa agaknya golongan professional kurang terlibat dalam blogging. Pada pendapat beliau, selain kesuntukan waktu, mereka sebenarnya tak mahu tersalah cakap atau terover mendedahkan sesuatu. Sebagai golongan professional mereka mengetahui pelbagai perkara ‘top management’ dan kadang kala sukar membezakannya, sama ada mahu didedahkan atau tidak. Saya juga walaupun hanya sebagai pelatih selama 8 bulan di Petronas juga merasa akan kesannya. Saya perlu berfikir dan mengimbas post yang mahu dihasilkan supaya tak terlajak cakap hingga ke benda2 private and confidential..
Blog Beliau Akan Berada Di bawah naungan Rajablog Group…
So alang-alang dah dia jumpa saya, saya terus ajelah menjawab segala persoalan yang berkaitan, dan secara rasminya nanti blog tersebut akan diletakkan di bawah pemerhatian dan projek RajaBlog Group atas kebenaran beliau (projek terbuka lain nanti saya bincang kemudian atau di google group. Dalam sehari 2 ni saya akan update mblogger nyer site as mini site dlu, InsyaAllah….) :D Skang saya duk carik option untuk internet saya. Digi, maxis and lastly tmnet streamyx. Mana satu yang anda rasa bagus? Dah tak tahan bangat bah!

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Jun 13th, 2007 at 11:56 pm
waah, rajablog group. cam cimb group la plak…selain blog pengetua tersebut, blog sape lagi yg berada di bawah rajablog group tu..huhuhu :D
p/s: ramzwatcher, bila blog pengetua tersebut sudah siap, tolong khabarkan yerk..still pelajar nih, jadi memang curious giler nak tahu pasal pendidikan malaysia nih berbanding ngan luar negara
[Reply]
aman Reply:
June 15th, 2007 at 4:10 pm
blog anime tue.. :)
[Reply]
Jun 14th, 2007 at 9:55 pm
HUH selamat berkenalan raja blog
bleh tukar link saya org baru kat sini
dah ader group rupa nya
besar lah network awak yer.
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 17th, 2007 at 10:21 pm
oh, takdelah. baru nak mula aje :D
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 17th, 2007 at 10:26 pm
saya dah tambah link awak. Harap awak pun sama ya :D
[Reply]
Jun 15th, 2007 at 1:30 am
hambik line antarabangsa laa kalu tak slow… cari yang laju loading maaaaaaaaaa…. lelabu dah bersuara pasal stemix, bent pun bersuara, princeq pun ada sebut juga… dalam ruangan forum di surat kabau pun ada cakap pasal streamix tmnet… macam2 hal dengan streamix nih…
[Reply]
Jun 15th, 2007 at 2:21 am
Shabas kepada Raja Blog yang mampu melangkah setapak lagi ke depan. Semuga projek ini akkan memberi banyak manfaat kepada rakkyat M’sia nanti.
Teruskan usaha anda.
[Reply]
Jun 15th, 2007 at 11:31 am
Pergh dengan golongan profesional pun awak dah buat joint venture..
hebatlah camni…
mesti lepas nie berebut2 nak jv…
nie baru betul2 rajablog nie..
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 17th, 2007 at 11:48 pm
Oh, awak memuji ke nie? hehe..masih lum layak lagi lor..
[Reply]
Jun 15th, 2007 at 2:06 pm
ini ke yang ramz cerita tu? wah bagus2..tentu sekali saya nak bertukar pendapat dengan beliau…
memang sistem dan konsep pendidikan kita perlu di bincang2kan.. :) macam saya nak bincang..kena tapis2….sebab belum habis grad lagi :)
malahan dalam kuliah pun kami saling berdebat tentang sistem pendidikan Malaysia :) ouh bestnya nanti! Bagitau bila dah siap ya! sampaikan salam saya pada bekas pengetua tu..banyak saya kena belajar dari beliau nanti :)
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 17th, 2007 at 10:23 pm
InsyaAllah Dik Mal saya akan bagitau :D cuma bulan ni saya agak slow sket la, pepaham ler..
[Reply]
Jun 16th, 2007 at 12:22 am
meluahkan idea atau pendapat di blog adalah sesuatu yang yang menjadi kemastian dalam zaman moden ini.
tidak kira golongan pro atau tidak
memang kena berhati-hati dalam penulisan supaya tak timbul sesuatu yang buruk
[Reply]
Jun 16th, 2007 at 1:43 am
itu sebab kite panggil mereka golongan & berjawatan professional..
[Reply]
Jun 17th, 2007 at 2:10 am
Ada .. ada .. ramai golongan professional yang berblogging, cuma mungkin blog mereka tiada kaitan dgn kerjaya :)
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 17th, 2007 at 10:23 pm
betul tu. Saya rasa awak pun salah seorang dari mereka kan?
[Reply]
azwanhadzree Reply:
June 17th, 2007 at 11:55 pm
ahaks .. ye ke? belum tahap professional lagi kut.
[Reply]
Jun 17th, 2007 at 11:06 pm
selalunya golongan professional fikir mungkin diorang dah bergaji besar selesa dgn apa yg diorang dah ada. So diorang punya mindset, blogging ni cuma untuk menda2 nk share2, mcm diary kat internet, tapi diorang tak tau blog ni pun boleh carik duit lebih
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 17th, 2007 at 11:13 pm
haha.. you are correct but still, memang mereka tak expect and tak harap sangat income dari internet nie :D
[Reply]
Jun 18th, 2007 at 12:14 am
[...] blog rajablog.info, sedang membincangkan tentang “Seorang Professional akan Memulakan Blogging di bawah Kawalan Rajablog.info” (~artikel ini amat menarik, saya cadang anda [...]