Senarai Plugin Wordpress Pilihan Rajablog
Sebagai seorang pengguna wordpress yang baru, anda pasti pening memikirkan bagaimana blog orang lain boleh mempunyai pelbagai function yang menarik dan yang paling penting ia menyelesaikan masalah anda.
Disini saya senaraikan beberapa plugin yang pernah saya cuba dan mahu dicadangkan kepada anda.
ALink?
Alink amat sesuai digunakan untuk seorang internet marketer atau bloggers yang mahu DUIT kerana ia akan membuatkan perkataan yang telah anda simpan di bahagian option alink akan secara automatik di link ke url affiliate yang telah anda setkan.
Brian’s Threaded Comments
Masalah: Bila ramai yang beri komen dan anda mahu balas komen setiap atau beberapa komen yang sememangnya patut dijawab, ia amat diperlukan oleh anda. Saya sendiri mengalami masalah yang sama dan kini saya dengan senang-senangnya menjawab soalan
mereka. Sesuai untuk berbalas komen dengan aweks dan jejaka :P
Wp-Contact Form
Plugin ini akan menyediakan satu borang contact form atau hubungi kami. Melalui tag, anda boleh meletakkan form tersebut sama ada di post atau pages yang anda mahukan. Cukup Senang.
DoFollow
Plugin ini akan membuang no-follow kepada url di bahagian komen blog anda. Pada asalnya ketika memberi komen, secara automatik url yang anda tinggalkan pada ruangan komen akan ditanda sebagai no follow dan tidak akan di ikuti oleh spider. Jadi tiada page rank yang boleh dipasskan melalui komen. Melalui dofollow, anda sebenarnya baik hati untuk mem”pass” kan spider google ke url di bahagian komen.
PodPress
Plugin ini sesuai untuk anda yang mahu share file pdf dan pelbagai format video yang lain sama ada untuk tontonan terus atau muat turun. Sesuai untuk blog yang senantiasa menawarkan barang-barang percuma untuk pelawat mereka. Malangnya file .swf untuk format video rajablog tak dapat dimainkan melalui plugin ini.
Sidebar Widget
Sidebar widget amat membantu saya untuk meletakkan kod iklan seperti advertlets, google adsense dan sebagainya ke bahagian sidebar blog wordpress anda, hanya dengan drag and drop sahaja. Menyerupai fungsi page element pada blogger.
Spam Karma 2
Fungsi tambahan ini akan membantu anda untuk menghalang dan mengelakkan komen spam. Mudah Di install dan telah saya gunakan sejak dari dulu lagi.
ST Visualize Advanced Features
Teks bewarna, menambahkan fungsi underline, menambahkan karektor khas dan undo membantu anda untuk menghasilkan post yang lebih menarik, ceria dan bergaya.
Subscribe To Comments
Plugin ini akan menghantar email kepada pelawat blog yang telah meninggalkan komen atau pertanyaan di blog anda, setelah menerima menandakan kotak kecil di bahagian bawah. Anda boleh cuba memberi komen pada post rajablog untuk mendapatkan contoh.
Ultimate Google Analytics
Hanya dengan memasukkan id google analytics anda (perkakasan untuk analysis blog), ia akan membantu google analytics untuk mengesan dari mana pelawat anda datang dengan lebih baik
WpAds
Anda boleh meletakkan iklan seperti adsense, atau apa apa juga teks, images dan memaparkan ia dengan menggunakan tag yang mudah seperti <?php wpads banner ?>
Wp User Online
Anda dapat mengetahu berapa ramai yang sedang online buat masa sekarang dan terdapat widget untuk diletakkan disidebar untuk showoff blog anda sememangnya ramai penggunjung :P
Alright, setakat ni dulu senarai plugin yang saya cadangkan. Kalau ada apa-apa cadangan boleh usulkan kepada saya ya :D

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

May 31st, 2007 at 4:10 pm
plugin dofolow tu kena copy paste ke? upload macam biasa tak bleh?
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 1st, 2007 at 7:29 pm
aah abdfatah. Copy dan paste ke notepad. Save as dofollow.php
so upload file php tu. Kalau tak, tak jalan sebab kena file .php sahaja
[Reply]
Jun 1st, 2007 at 5:59 pm
Thanks bro Ramza. Saya dah guna salah satu tools yang ada di atas. Memang memudahkan saya! :-)
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 1st, 2007 at 7:30 pm
no problem. Just sharing :D
[Reply]
Jul 4th, 2007 at 1:57 pm
Keren… Makasih infonya.
[Reply]
Jul 5th, 2007 at 6:22 pm
dah lama cari plugin camni..hehe..thanks..hope for the best…chaiyok blogger Malaysia
[Reply]
Dec 30th, 2009 at 3:07 am
Asl’kum…saya nak tanya raja blog sikit. Kalau nak dapatkan kotak komen yang ada item-item mcm yang raja blog punya ni mcm mana ye? i mean yang ada kena isi Nama, Email, Website, dan kemudian baru tempat taip massage. Kotak komen dlm blog saya just ada tempat untuk taip massage je. Harap dapat membantu…
[Reply]
Ramzan Reply:
December 30th, 2009 at 10:07 am
hurm..sepatutnya wordpress dah ada benda tuh, especially bila dah ‘able’kan comment.
Masalah mungkin berpunca jika awak awak:
1. pernah edit theme berkaitan komen?
2. menggunakan plugin yg membabitkan comment seperti CommentLuv etc.
Harap membantu dan terus bertanyakan disini jika belum selesai. TQ
[Reply]
May 25th, 2010 at 6:00 pm
I enjoy the actual valuable information a person offer in your own articles. may bookmark your blog and possess my personal kids visit here often. I’m quite certain they will learn the lot new things right here than anybody otherwise!
[Reply]