Selamat Tahun Baru 2008 dan Matlamat Baru
Salam semua pembaca Rajablog.info!
Pertama sekali syukur pada Allah SWT kerana masih membenarkan kita mengecapi tahun baru 2008 dan semoga tahun 2008 ini memberi 1001 keberkatan dan kemuliaan pada kita semua.
2007 telah berlalu dan ianya telah menjadi sejarah. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih.
Baiklah, Azam 2008 saya adalah:
Menubuhkan sebuah syarikat
Saya berhajat untuk menubuhkan sebuah syarikat walaupun masih belajar. Syarikat kecil-kecilan pun dah cukup asalkan ianya sah disisi undang-undang.
Melancarkan Rajablog Network
Saya juga berhajat untuk membuat rangkaian Rajablog dan mula mengkomersialkan rangkaian tersebut dengan beberapa cara, antaranya cara viral. Masih dalam perancangan dan akan meminta pendapat beberapa rakan internet yang lain.
Melancarkan 3 Laman Web Berbahasa Malaysia
Saya juga mahu melancarkan 2 laman web produk berbahasa Malaysia, satu reborn dan satu lagi terbaru. Bagaimanapun perancangan perlu dirancang lebih teliti kerana saya tak mahu kesalahan tahun 2007 berulang. 1 lagi laman web untuk kegunaan RajaBlog Network
Memperbaiki beberapa cara kerja
Selain itu saya juga bercadang untuk memperbaiki cara kerja. Kelemahan disenaraikan dan diperbaiki. Antaranya perlu cepat bertindak dan perlu belajar diam-diam ubi berisi.
Itu sahaja list untuk 2008, doakan semoga ianya tercapai ye!
Beberapa bacaan lain:

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Jan 1st, 2008 at 6:11 pm
Ramzan, semoga matlamat anda tercapai. Btw selamt tahun baru
zaki blogjer’s last blog post..Utusan Malaysia Online new look
[Reply]
Jan 2nd, 2008 at 7:37 pm
thanks zaki.
Saya pun harap awak pun begitu :D
[Reply]