Sebelum Mengubah Permalink Wordpress
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Mengubah Permalink Untuk Blog
Dalam ebook Panduan Percuma Wordpress, saya ada ceritakan tentang mengubah permalink kepada structure yang baru, untuk tujuan SEO. Entri kali ini akan berbincang mengenai bagaimana mengubah permalink untuk blog baru, blog sedia ada (lama) dan plugin yang digunakan.
Gambar di bawah merupakan keratan gambar dari ebook Panduan Percuma Wordpress mengenai bagaimana mengubah permalink untuk blog baru.

Cara tersebut amat sesuai untuk menukar permalink untuk blog yang baru disetup tapi bagaimana pula untuk mengubah permalink blog sedia ada, yang mungkin telah beroperasi lebih dari setahun? Mungkin juga sudah ribuan post yang dihasilkan.
Mengubah Permalink Blog Sedia Ada (lama) sedikit berlainan
Untuk mengubah permalink blog yang sedia ada atau lama, Ia adalah sedikit berlainan. Jika anda gunakan cara pertama, maka kemungkinan besar entri post sedia ada tidak akan berubah dan mengalami masalah. Lagi-lagi kalau anda jenis yang suka hyperlink kan antara post yang dihasilkan.
Gunakan Plugin Permalink Redirect
Maka saya syorkan anda gunakan plugin wordpress ini, iaitu Permalink Redirection.
Pastikan anda aktifkan plugin tersebut dan terus ubah permalink ke
/%category%/%post.html
Selamat Mencuba!

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Aug 16th, 2008 at 8:02 pm
baru aku tahu terima kaseh ramzwatcher. ” kalau kat belakang tu takde dot html pun buleh jugak kan “.
kmzholdings last blog post..Protecting Your Search Engine Rankings
[Reply]
ramzwatcher Reply:
August 17th, 2008 at 4:21 pm
ya kmzholding, boleh jugak kalau tak ada html, macam:
/%category%/%post%/
so tak adalah .html macam http://www.rajablog.info/blog/sebelum-mengubah-permalink-wordpress/
[Reply]
Aug 18th, 2008 at 11:19 am
Masalah Permalink memang memeningkan perkara saya.
Saya tak boleh buat apa-apa cuma mengharapkan WP 2.6 akan upgrade secepat mungkin. Setelah surf dan pelajari daripada mereka2 yang pakar WP2.6 memang ada masalah database permalink pada sesetengah pengguna.
terpaksalah guna default sahaja
[Reply]
Aug 24th, 2008 at 12:02 pm
terima kasih kerana membantu dengan informasi ni…sebelum ni, command2 yang macam ni saya agak kurang faham
[Reply]