Saya berharap masalah anda sementara, shueqry
Assalamualaikum wbt
Saya telah menerima khabar dari DikMal yang saudara shueqry, salah satu blog paling popular dalam bidang motivasi: http://shueqry.blogspot.com yang beliau akan bersara dari ebiz dan blogging. Huh? Adakah beliau akan mengikut jejak fai? Saya amat berharap tidak.
Salah satu faktor yang saya dapat tangkap ialah:
Segalanya perlukan belanja wang. Bila dah takde talian internet, maknanya saya takkan ada sumber pendapatan lagi. Jadi, saya kena gunakan segala kebolehan yang saya ada untuk mencari rezeki.
Ini semua yang buat saya tertekan. Saya dah tak dapat online setiap hari, membaca blog kawan-kawan dan membalas email yang datang.
Mengenai talian internet:
Apabila internet bisnes mahupun blogging sebagai sumber pendapatan, sumber internet adalah tersangat penting. Cadangan saya kepada beliau yang menetap dirumah sewa adalah mendapatkan maxis broadband, pada kadar RM68 sebulan sekurang-kurannya. Kalau kawasan tersebut tiada 3G, ia akan convert kepada edge atau gprs, bergantung kepada kawasan. Saya juga tiada internet di rumah sendiri, kerana hanya saya yang menggunakan internet di rumah sedangkan saya masih belajar dan hanya pulang selama 2 bulan (maksimum). Jadi tiada guna saya bayar 4 bulan sedangkan 8 bulan ia tidak digunakan. Solusinya saya telah mendapatkan maxis broadband, cuma sekarang modem telah rosak.
Apabila anda blogging dalam malaysia
beliau sangat rajin menulis dan sememangnya begitu popular. Saya pun teralah dengan kehebatan beliau. Anda boleh menjadi popular dan menerima respon pembaca yang hebat namun sayangnya konsep DONATE atau menderma tidak begitu di amalkan di Malaysia. Panduan dan nasihat yang begitu berguna telah diberi namun untuk memberikan sedikit “hadiah” kepada pemiliknya mungkin tiada, jika di Malaysia. Begitu juga dengan bidang pengiklanan dan lain-lain. Jika benar anda ingin target pasaran malaysia (melayu), targetkan untuk meningkatkan populariti, bukannya ingin mendapat wang yang boleh menampung kos sara hidupmu.
Sekadar pandagan saya mengapa situasi ini terjadi. Berikan pendapat anda mengenai hal ini dan jangan lupa, sekurang-kurangnya berikan kata semangat kepada brother shueqry.
p.s: Kepada bro shueqry, I’ll wait for U and lets rock the world again. “Masalah adalah sementara” selalu bermain di fikiran saya, hasil bacaan di blog anda.

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Sep 6th, 2007 at 11:49 am
luckly he change his mind :) more update on http://shueqry.blogspot.com
[Reply]
Sep 7th, 2007 at 4:44 pm
Alamak..
harap2 dia tak berenti dulu..
sebaliknya mencari idea untuk dapatkan talian internet tu…
konsep donate tu memang agak kurang di Malaysia ni…
[Reply]
Apr 26th, 2010 at 8:51 pm
Broadband internet has without doubt altered how most people interact with the internet, broadband mobile seems as though it will have a comparable impact, along with all the products and solutions coming on to the market for example touch screen phones and so forth the world wide web will extend its reach further more and can bring it more regularly into some of our everyday life.
[Reply]
Apr 27th, 2010 at 10:17 pm
thanks infonya.sangat menarik
[Reply]
May 20th, 2010 at 4:47 pm
I had been unbelievably pleased to find this net.I yearned-for to thank you for this notable through out!!! I definitely enjoying each and every little bit of bit of it and We have you bookmarked to seek new items you publish.
[Reply]