Anda Berada di > Muka Utama / Bahasa Melayu, berita rajablog / Rajablog.info going global? - Blog Rasmi RajaBlog.info

Rajablog.info going global?

Assalamualaikum wbt

Rajablog.info telah mencapai umur 1 tahun pada bulan 6 yang lepas (no celebration, saya kat hospital) dan banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang setahun ini, dari segi blogging, internet marketing dan juga video editing. Saya berharap pengalaman yang lepas dapat mematangkan saya walau kadangkala ia amat menyakitkan.

Tahun ke-2 ini, RajaBLog.info akan melakukan sedikit perubahan dari segi concept iaitu akan menghasilkan ruangan berbahasa Inggeris untuk pembaca di luar Negara dan Melayu untuk pembaca di Malaysia.

Idea untuk menghasilkan konsep begini telah lama bermain di fikiran saya tetapi saya tidak tahu bagaimana mengubah theme pada masa tersebut. Ianya berbeza dari anda menhasilkan post dan mencampur adukkan dengan content bahasa Malaysia kerana ia akan membuatkan pembaca dari luar Negara keliru apa yang perlu mereka lakukan, terutama jika sidebar dan ruangan lain berbahasa Melayu.

Keputusan ini bukan bererti pembaca Malaysia mahu diabaikan, ataupun ibarat kacang lupakan kulit tetapi kacang ini mahu dieksport ke luar Negara, untuk pasaran yang lebih terbuka. Lagipun tiada masalah, ia akan tetap di alih bahasa ke bahasa Malaysia.

Selain itu, Rajablog.info mahu mencuba nasib di persada blogging antarabangsa dan mahu melihat reaksi mereka pula. Lagipun sudah lama RajaBlog.info memendam rasa untuk berinteraksi dengan blogger dari luar dan inilah masa yang terbaik, setelah setahun memulakan blogging. Apapun, pihak Rajablog.info berharap agar keputusan ini diterima baik oleh semua pembaca dan rakan bloggers sekalian dan ketika ini, cadangan atau kritikan berguna amat diperlukan, wahai rakan-rakan bloggers. Atau nak sertai saya, jom!

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

10 Responses to “Rajablog.info going global?”

  1. ermm..tak best arr…apa kata rajablog.info/blog buat 2 version..

    untuk bm, gunakan link rajablog.info/blogger ke?

    untk bi, gunakan link rajablog.info/blog ..

    isi kandungan cuma translate je..saya lihat blog en sham raja adsense ada buat macam ni walaupun tak 100% la..

    tahu kenapa?
    pada saya, dunia blog negara kita tak sesegar indon lagi..lihat je la diorang..hebat jugak..

    so kita kena rancakkan arena negara dan dalam masa yang sama mula memijakkan langkah pertama dalam arena antarabangsa..

    ps: cheewwahh naim ni..merapu la ko naim..har—har–har–harun salim bachik

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    hurm..nanti guwe pertimbangkan cadangan lo..

    [Reply]

  2. Mal rasa, blog BI berasingan dgn BM kan Ramz? Tapi bawah satu company gitu.. wondering?

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    cadangnya semua under one root under rajablog.info/blog.

    tujuan saya letak sekali sebab mau tengok macam mana jadiknya.. nak tunjuk konsep nnt saya try imaginekan lam photoshop (in few days)

    [Reply]

  3. [...] saya fikir nak buat blog macam ramzan fikirkan, kebetulan pula bat info Malaya ada ceritakan di blog beliau. Masih [...]

  4. pada pendapat ramz,ada baiknya ramz pergi ke global..selain mencuba pasaran global,kite bleh kenalkan produk(blog) lokal..jadi bler nk ke global,semstinya..kne tkar bahasa la..ke BI la kn..bg sy,ble blog dlm dua bahasa..elok juga cadangan ramz..itu untuk kebaikan la..utk kritikan,mgkin ramz kne fikirkan nk gne url yg mne?atau bli yg baru..bak kat pak lah..jagi lah yg glokal..produk lokal tp utk global..selamat berjaya ramz..

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    saya tetap bercadang nak wat sumer under one roof :D

    [Reply]

  5. nak buat under one roof ye..
    ok gak tu ramz..
    tapi susahlah saya nak komen lagi,,
    apahal pun teruskan usaha anda

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    eh, tak susah bro. InsyaAllah saya akan buat 2 post, 1 BM and BI. Other writers cam dikmal and fauzan nyer saya tak tahulah mereka sanggup tak. Huhu..

    [Reply]

  6. Ok gak tuh, buat dua post utk satu topik, satu BM dan satu lg BI, tapi tak rasa mcm double effort ke? Pertimangkan betul2 utk long term, berbaloi atau tak

    Nmpak mcm senang, tapi sebenornye susah gak nk translate dari BM-BI dan vice versa. Kecuali klu nk selang selikan post dlm BM dan BI mcm cikguazleen.com, tu ok la, sbb satu topic cuma ditulis dlm satu bahasa je

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>