Program Cepat Kaya? Skim Dapat Duit Mudah?

Hari ini Saifulsham ada mengulas tentang program Swiss Cash yang dipaparkan dari Akhbar Kosmo semalam mengenai Amaran Dari Bank Negara.

Saya rasa bertanggung-jawab juga menyebarkan hal ini kerana saya tidak mahu anda menjadi mangsa seterusnya. Disini saya memetik keyataan dari akhbar tersebut.

SwissCash beroperasi haram di Malaysia
Amaran Bank Negara
BNM sahkan SC tiada lessen

?Dana SwissCash yang dipromosikan oleh Swiss Cash Mutual Fund tidak mendapat kelulusan atau pengesahan dari Suruhanjaya Sekuriti?

Perdana Menteri Menegaskan bahawa skim SwissCash tidak sah dan menyalahi undang-undang Negara ini dan menambah: ?Selalu cerita tentang orang kita kena perdaya. Ini satu kesalahan. Laporlah cepat?.?

Orang ramai yang mempunyai sebarang persoalan mengenai SwissCash boleh menghubungi BNM di talian 03-26910824/26926482/26982810 atau melalui email di info@bnm.gov.my

Petikan dari Kosmo! , 6 September 2006.

Cukup rasanya petikan dari akhbar tersebut.

Jadi adik kakak, abang-abang yang menyertai program ini, bolehlah menghubungi BNM dan yang paling penting, ambillah ianya sebagai satu pengajaran. Akuilah kesalahan kita sebagai insan.

Secara jujur, saya juga pernah menyertai program cepat kaya @ dapat duit di internet dengan mudah seperti hyip, paid to click, paid to read pada akhir tahun 2005.

Pada masa tersebut, saya belum kenal blog smartusaha atau saifulsham lagi, hanya baru mengenali program-program internet dan dalam hati: ?wah, ini sudah bagus. Dapat kaya macam nie..? tetapi selepas 2 bulan, saya terus tak menyertai program sebegini lagi.

Kenapa?

Sebab ianya merugikan diri sendiri dan yang paling penting yang sepatutnya kita ketahui, kebanyakan program adalah bertentangan dengan syariat kerana terlibat dengan judi dan syubahat. Wang haram cepat masuk dan cepat pergi tetapi meninggalkan dosa.

Untuk mengetahui penjelasan agama mengenai program sebegini, klik disini.

 

 

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

17 Responses to “Program Cepat Kaya? Skim Dapat Duit Mudah?”

  • Baik kumpul sikit2 lama2 jd bukit..

    [Reply]

  • Yg penting ilmu pengetahuan yg halal..

    [Reply]

  • yup…btul tu saf-One. Makanan dari duit yang haram tak selamatlah kita. Kita patut berusaha mengelakkannya. Antara cabaran kita pada zaman sekarang nie adalah utk mendapatkan rezeki yang halal..(walau dah ade cop halal pun ramai yang kelentong, tipu jakim).

    [Reply]

  • ya betul..hindarilah dri skim cepat kaya

    [Reply]

  • betul tu,, saya sebenarnyer nyaris nyaris nak masuk ari tu, ada kawan yang approach,, nak buat mcm mane kawan kan terpaksa lah dengar,, tapi sempat berdebat jugak pasal cara pengeluaran di malaysia,, kita kan kalau nak melabur mestilah tanye mcm mane nak keluar pulak kan,, masuk je duit tapi nak keluar tak boleh buat ape melaburkan,, kwn saya tu tak boleh jawab, itu yang saya dapat selmatkan diri tu, satu lagi pelaburannyer besar dlm usd1000,, itu dah nak cecahRM4000,, baik saya renovate umah,,,dahlah bulanke 7 baru dapat modal balik,, alhamdulilah, tuhan dah selamatkan saya,,
    http://www.budak-u.com

    [Reply]

  • hohoho…main riban-riban nie bahaya sesangat la

    dalam hal pelaburan camnie, eloklah bertanya kepada orang yang pernah menyertainya…tapi jgn pula yang sudah menyertai tetapi baru sahaja…nnt dia tau cakap saja.. ;p

    [Reply]

  • Kolum:

    Dalam dunia ni pun ramai pendengkinya…nak selamat dan meramaikan MLM uptrend maka ditulis la pasal swisscash tu.

    Nak tanya adsense/program affiliate tu pun kalau tak betul, haram jugak hukumnya… betul tak?

    [Reply]

  • sebagai contoh? adsense tue saya kena rujuk topik kat wang cyber. tapi affiliate camne pulak ye leh jadik haram? apa yang saya terfikirkan cuma 1: produk tue memang haram. contoh jual arak cara affiliate.

    erm..kena tanya pakar camnie nie..hurm…

    [Reply]

  • dogol:

    abis tu melabur kat bskl ?..amanah saham negeri ?..
    semua menghasilkan kerugian..[di iktiraf oleh gomen]
    nak kira haram, halal..kerja kat bank haram sbb unsur2
    riba. dengan syarikat penerbangan/hotel.. ada jual arak.
    nak dapat tender..kena jolok..[business la katakan..]
    jadi janganlah nak di persoalkan hukum hakamnya.
    sememangnya swisscash tiada kelulusan kerajaan, tapi
    ada kah pelaburnya kompen tidak dpt pulangan ???.

    “jangan mudah dengar khabar dari berita”

    [Reply]

  • oh ho…mungkinkah berita dari tv 3 salah?

    “jadi janganlah nak di persoalkan hukum hakamnya.”
    wow..adakah anda sedar apa yang anda katakan?

    mengenai hukum hakam: kalau anda tahu ia haram, maka hentikanlah.

    Mengenai soal halal haram, Kalau 100000 orang Islam minum arak, adakah bermakna anda turut boleh minum arak?

    Lagipun ada caranya (kalau tak silap saya) untuk hal kerja sebagai contoh tolak sekian2 dari gaji..kena rujuk jakim hal ni.

    Jika swiss cash tu 100% main forex, mungkinlah acceptable. Cuma apa yang merisaukan mungkin dia dah masukkan duit ke mana-mana : casino and so on sebab benda macam tu memang memberi pelaburan yang banyak. jadi dah syubahah.

    [Reply]

  • jawaberet:

    yg operate swisscash tu pun org malaysia jugak, namanya Albert

    [Reply]

  • barubelajar:

    pasal perniagaan internet macam nie, apa kata kita lawat sekejap http://www.zaharuddin.net

    ada sedikit penerangan mengenai perniagaan internet

    ustaz zaharuddin ialah:

    Penasihat, Pusat Pengajian At-Tibyan
    Bekas Konsultan Shariah, Ingress Corporation Bhd
    Bekas Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad
    Ketua (Pengurus Kanan), Jabatan Shariah, Asian Finance Bank Berhad (anak syarikat Qatar Islamic Bank- Sekarang)
    Kolumnis mingguan bagi ruangan Shariah (An-Nur) di akhbar METRO AHAD.

    kesimpulannya, kalau nak belajar berniaga, belajarlah kepada orang yang memang terlibat dengan perniagaan, nak belajar berniaga yang halal dari segi syarak, belajarlah dengan orang yang memang tahu, buat dan terlibat tentang perniagaan dalam Islam. Samalah macam program perlaburan. Bukanlah belajar secara mendalam, asalkan faham asas sebuah perniagaan atau perlaburan berlandaskan syariah sudahlah. Yang pasti ramai orang kita sekarang terjebak dengan virus ‘duduk diam dapat duit’(termasuklah saya, masih dalam proses belajar mengenai perlaburan yang halal dan sah menurut Islam).

    PS:-saya sendiri pun ada pengalaman menyertai swisscash (saya akui memang menjadi). ‘point of view’ saya berubah selepas terbaca artikel ustaz zaharuddin. dan sekarang masih dalam proses belajar & mengumpul maklumat. harap2 lepas ni saya mampu keluar dari kepompong pelaburan riba & boleh berjaya dalam perlaburan yang halal.

    [Reply]

  • ramzwatcher:

    terima kasih saudara di atas link saudara.

    sememangnya mencari yang halal adalah tuntutan kepada umat islam (eh, nape macam iklan ubat gigi mukmin lak nie?)

    [Reply]

  • mamachoppapagrill:

    aku taknak duduk mana2 side, tp kat malaysia nie, tabung haji pun melabur kat mana?…(cuba selidik tengok..)… org masuk asb…melabur kat mana dpt 7 ~ 8% diveden…kwsp..sher…dsb…kalau nak dipertikaikan mmg menjerumus kpd ending yg tak berapa sedap nak difikirkan.

    aku tak masuk swiss cash tu..(sbb mungkin takder modal usd1000)…tp kalau di ingatkan dulu pernah aku melabur dalam ASJ ~ saham johor..masa tu zaman muhyiddin yasin…korang selidik tengok apa dah jdi dgn asj bila ghani ambik alih..and muhyidin pg kabinet…loan aku dgn bank dkt 50K….sher lesap…itu yg di LULUSKAN oleh KERAjaan mlaysia dan SAH.

    So kalau nak melabur tu…tanggung la risiko dia..even koa bukak gerai nasi lemak pun belum tentu dapt pulang modal…..sah ke tak sah ke…itu undang undang DUNIA…janji ko dpt pulangan macam yg dijanjikan..itu dah rezeki koa…halal haram tu ko SELIDIK la bebaik…

    [Reply]

  • ramzwatcher:

    yup, setiap pelaburan akan ada risikonya, tidak kira mana-mana pelaburan termasuklah yang berdaftar..

    mengenai ASJ saya tak dapat komenlah kerana saya tak tau sangat pasal ASJ.

    Pada pendapat saya, apabila kita sendiri telah memilih pelaburan Islam, kita telah mengambil langkah pertama ke arah rezeki yang halal. Dan masalah yang wujud seterusnya seperti melabur di tempat yang salah, itu adalah kesalahan pemimpin organisasi terbabit.

    Sebab itulah kita memerlukan pemimpin yang amanah dalam tugas mereka.

    Saya adalah bekas agen insurans (saya malas mau sambung contract), jadi saya tahulah mana yang halal dan mana satu yang haram. Maka saya akan mencadangkan kepada client supaya memilih yang halal, meskipun ianya lebih mahal (inilah yang peliknya, kenapa sistem Islam di negara Islam lebih mahal?)

    Kalau tak mampu, saya tak cadangkan amik yang syubahah kerana kita tak dapat pastikan hasilnya bersih atau tak..

    So kalau nak melabur tu…tanggung la risiko dia..even koa bukak gerai nasi lemak pun belum tentu dapt pulang modal…..sah ke tak sah ke…itu undang undang DUNIA…janji ko dpt pulangan macam yg dijanjikan..itu dah rezeki koa…halal haram tu ko SELIDIK la bebaik…

    saya beranggapan maksud saudara adalah selidik dahulu and kemudian kalau dah tau halal, maka tak kiralah orang/BNM cakap tak sah, anda boleh joinla kan? saya tiada hujah mengenai ini, maka saya biarkan dahulu…

    [Reply]

  • KATAGAYAN:

    orang kerajaan melabur dalam skim cepat kaya kerana gaji tidak cukup, kalau setakat RM2000 sahaja sebulan mana nak cukup… bayar kereta, bayar sewa rumah, pelbagai bil, bayaran kad-kad kredit , belanja anak bini, kadang-kadang duit yang diberi pada mentua pun terambil semula kerana desakan sara hidup yang semakin didominasikan wang, dengan kata lain semuanya perlukan wang, kalau kakitangan kerajaan ambil peluang mencari pendapatan lain seperti jual sate, goreng pisang dsb maka orang yang tak bekerja pula bising,nak main loteri takut wang tak berkat, last-last terpaksa mencuba nasib dalam pelaburan internet, setakat ini ramai kakitangan kerajaan yang menarik nafas lega kerana masalah-masalah kewangan tadi telah dapat diatasi walaupun tidak semua, bagi mereka yang berjaya tidak kurang yang pemurah, sponser sana sponser sini, bantu orang ini, tolong orang itu, dan banyak lagilah , jadi nak kata pelaburan ini haram atau halal saya tidak pakar, cuma… bagi saya niat yang hendak diperbetulkan…yang penting jangan tipu orang , makan duit rakyat, rasuah, hipokrit dsb.

    [Reply]

  • ramzwatcher:

    Please…. Its depend on U lah.

    Serious if you ask me about those fund, saya akan jawab dengan jujur bdasarkan rekod kasar mereka memang bayar.

    Tapi dah heboh dah yang fund macam nie tak dibolehkan.

    Bila dapat wang sebegitu buat solve problem, problem yang lain akan timbul plak…

    [Reply]

Leave a Reply