Anda Berada di > Muka Utama / Bahasa Melayu, Kajian, Review / Post Bersiri: Review Blog Planet of Bollywood - Blog Rasmi RajaBlog.info

Post Bersiri: Review Blog Planet of Bollywood

adsense_ads Post Bersiri: Review Blog Planet of Bollywood

Fauzan, Shamsul dan saya adalah trio dalam pembelajaran kami. Apa yang kami tahu akan dikongsikan bersama, namun yang membezakan kami adalah siapa yang rajin dan siapa yang malas. Fauzan bersikap “bila tau, terus buat!” manakala saya bersifat baca sampai betul-betul tahu, barulah buat. Dan terbukti ilmu tanpa amal tidak kemana kerana ‘telah tewas’ di tangan fauzan, yang kini telah mendapat ribuan ringgit sehingga kini hanya dari adsense. Ingatan buat fauzan, daku kan mengejarmu, tak jauh kejaranku.

Kali ini saya telah dibenarkan untuk membuat ulasan mengenai salah satu blog beliau yang kini sekurang-kurangnya memberikan beliau $3 sehari. Meskipun zaman kehangatan Bollywood telah berlalu di Malaysia, namun ia bukan bererti minat terhadap aktres cantik seperti Pretty zinta, atau pelakon hensem seperti Salman khan turut suram di dunia. Dikala semua orang masih berfikir-fikir dan tercari-cari apakah yang mereka ingin coretkan di blog mereka, Fauzan mengemas kini blog Planet of Bollywood beliau setiap hari tanpa masalah.

Jika anda seorang yang emotional..

Ramai orang yang tertanya-tanya apakah yang mereka mahu blogkan, yang pasti jawapan ada di tangan sendiri. Sebelum ini saya terlalu skeptikal iaitu hanya jika kata kunci yang eksklusif, mahal sahaja yang dipilih namun akhirnya saya tidak konsisten menulis sesuatu yang tidak diminati. Mengenali diri anda adalah penting, jadi saya sarankan anda meneliti dahulu bulan kelahiran anda dan lakukan muhasabah diri: Adakah anda seorang yang emosional ataupun seorang yang konsisten. Jika anda seorang yang emotional, menulis sesuatu yang berkaitan dengan minat anda adalah lebih penting. Planet of Bollywood telah dicipta oleh beliau atas dasar minat dan hasilnya, blog ini merupakan antara blog yang konsisten dari belasan blog beliau yang lain. Ya, beliau mempunyai belasan blog!

Jadi saranan kepada semua pembaca Rajablog.info, kadang kala anda tidak perlu terlalu memikirkan kesan dan akibatnya sahaja bila memulakan blog kerana ia akan membantutkan usaha anda.

Tips:
1. Renungkan apa yang anda baca, simpan, lihat dan cakapkan sehari-hari untuk mengetahui apakah minat anda
2. Soalan emas sebelum anda memulakan blog: “Kalau tak dapat apa-apa aku sanggup tak tulis kat blog ni hari-hari?” Jika jawapan anda ya dan anda memang tak kisah kalau puas hati, itulah minat anda :P

Jangan lupa datang Rajablog.info esok untuk membaca sambungan kedua Siri Review Blog Planet of Bollywood.

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

8 Responses to “Post Bersiri: Review Blog Planet of Bollywood”

  1. Terima kasih kerana link tu….lama Ktom tak singgah sini. Kadang2 kita jadi alpa atau ghairah atau memang tak de banyak peluang untuk berada depan internet menyebabkan kita tidak berpeluang utk berkunjung ke teratak orang lain walhal ianya adalah satu kemestian untuk menjalinkan perhubungan dan menambahkan ilmu dan maklumat.

    Ktom pi ke blog Planet Bollywood semalam tapi tak boleh access. Takper cuba lagi ok…

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    terima kasih ktom sebab datang menjenguk disini :D

    tak menjadik? saya klik link kat atas ok je ktom?

    [Reply]

  2. Betul tu Ramz.. kadang-kadang kita mesti menulis apa yang kita minat .. Ini akan memberikan konsistensi kepada kita untuk menulis .. betul tak ramz???

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    btul tu zool. Saya ni lagi ler…kalo dah tak minat tu susah banyak ler :P

    [Reply]

  3. btol tue,kalo blog ttg ape2 yg kiter sker..mmg memanjang ade idea..tp sy dh lme xde idea..isk2,rse nk tkar la post dri BI ker BM..baru byk idea nk tlis..lg satu kn ramz,mne tmpt bguz/murah la utk bli hosting dgn domain?cadangnye nk bli port sendri..hihi..

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    hoho..saya plak ada dilema baru jugak awqi zar. saya nak buat rajablog.info dalam BM and also in English. Tengah dok godek2 and macam-macam lak bermain lam fikiran. Bukan apa, saya pun nak rasa gak “fly oversea”, gi komen blogger sekeliling dunia.

    Hosting and domain yang murah? Harga standard saya taulah awqi. Range standard rm35-40. Pasal hosting tu saya pun ada terfikir nak buat hosting sendiri tapi takut tak sempat maintain :( Saya nak cadang internet webhosting (yang saya gunakan skang) tapi dia punya loading time and uptime tak sebagus dlu. Mungkin sebab ramai yang dah subscribe ngan derang kot.

    [Reply]

  4. hmmm,kesian plok kat ramz..ape kate dlm 4/5 keluaran nie ramz tumpu dulu dlm BM..bler dh ok,ble la dlm BI plok..kalo ramz dh xsbar2,ape kate wat dlm dua versi..BM satu,BI satu..tapi sy puji la semngat ramz..semangat nk mengGLOKALkan produk tempatan..hihi..gud luk ramz!

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>