Anda Berada di > Muka Utama / Pembangunan Diri/Motivasi / Positif dan kenali diri dalam blogging - Blog Rasmi RajaBlog.info

Positif dan kenali diri dalam blogging

Assalamualaikum wbt

Saya amat tercuit dengan post dari saudara ibnu hassim(siapa aku diinternet?)? yang beliau masih mencari identiti blogging beliau. Satu kritikan dari diri yang jika dapat diatasi akan membawa 1 manfaat kepada diri beliau

Ya, Sebenarnya saya masih mencari identiti untuk diketengahkah dalam blog ini. Adakah saya menojolkan diri sebagai usahawan internet? Oh tidak saya tidak layak untuk berkata tentang perniagaan internet. ( sebulan baru dapat sekitar 200 usd, tu pun melalui program affiliate, tu pun nak cakap tetang perniagan internet, oh aku tak layak).

wah bro, ni pun dah ok apa? Saya pun tak pernah dapat usd200 dari affiliate. So means
you are better than me in affiliates and if can i also want to learn how to do it from you.

Yakini Diri

Jika saya melihat dari sudut negatif Rajablog.info, saya juga boleh katakan saya tidak layak untuk mengeluarkan produk hatta bercakap mengenai blogging sekalipun.

Persoalannya, dengan siapa kita bandingkan diri kita?

Jika saya bandingkan diri saya dengan saudara Sham, Saudara Hasrul, Saudara Shuth, Saudara Sufian dan ramai lagi otai yang power, dah tentu saya amat jauh terkebelakang. Mereka lebih layak berbicara tentang blog dan buat duit online berbanding saya.

Cuma anda tak mungkin dapat membaca dan belajar secara terus dari mereka sebab mereka semua amatlah sibuk dan memanglah masa itu emas,duit dan amal.

Tapi jika saya bandingkan diri saya dengan seseorang yang baru mengenali blog dan bagaimana mereka boleh memperolehi duit darinya, maka saya berani mengatakan saya tahu dan boleh berkongsi dengan mereka.

Jadi apa nak takut? Ilmu yang dikuasai setiap orang adalah berlainan. Anda better dalam affiliates, saya dengan izinNya mengetahui bidang blogging.

So anda blogging lah apa jua bidang yang anda minat dan memang sanggup mengali ilmu untuk mengusainya. Itu yang penting. Lambat laun, anda juga akan jadi pakar dalam bidang yang diceburi.

Saya tahu ramai yang bila dengar aja Rajablog.info “oh, poyo ar mamat nie..rajablog konon..” Ada juga rakan saya yang perli (mereka juga tahu saya berblogging) but who’s care? I don’t care. “Diorang tak layak perli aku sebab diorang tak tau pun apa tu blog. Takat tau benda ni tulis utk publish online, what the heck?” cuma di dalam hati. Saya hanya diam kerana takde guna beritahu orang sebegini..

Saya senantiasa cuba menanamkan minda yang positif dalam diri
(saya cadangkan anda membaca blog Shueqry dan Dik Mal mengenai mind power nie) kerana saya percaya sayalah yang menentukan masa depan sendiri.

Cuma pastikan anda betul-betul dah membuat kajian dan perancangan teliti sebelum membuat sebarang keputusan untuk tulis dalam bidang apa. Saya pun nak buat blog baru tapi pikir punya pikir blog dulu pun sama, ada macam perasan ni jugak,
tapi last-last skang tak berapa nak jaga jugak? So saya sekat dulu nafsu blog baru tu. hehe..

Btwn, blog pasal catur atau affiliates (memang kene mendalamilah) pun cam ok je cikgu?

p.s: saya akan menutup sales letter rajablog untuk upgrade dan tambahan. InsyaAllah dengan izinnya sales letter tersebut akan dibuka semula nanti bila tiba masanya. Saya tak mampu membuat anggaran.

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

8 Responses to “Positif dan kenali diri dalam blogging”

  1. tapi kan ramzan, masa aku mula2 masuk blog ni, aku dah tau yang hang memang serius dalam blogging ni..waktu tu aku pun sedang tercari2 identiti aku..Memang ramai yang tak tahu pasal blog ni, kalau ada yang tahu, mereka akan mengaitkan dengan blog di friendster..bila aku cakap pasal css, mereka cakap” oh macam dalam friendster tu”…lawak lak bila dengar camtu..hehe..

    Oleh itu, teruskan perjuangan, biarkan apa yang orang nak kata, sebab hanya kita dan Allah yg tahu matlamat kita.. :)

    [Reply]

  2. Assalamualaikum

    Ouh Ramz! Teruskan dengan konsep blog ni. You are in the right track. Plus, Dik Mal belajar banyak sal teknikal kat blog kamu ni :)

    Keep it up! :)

    Btw, orang memang suka mempersoalkan orang lain. But none question thier ownself.

    Bila kita dah pilih, put all effort dalam bidang tu. Just exactly like what you do :)

    p.s : I learn a lot from you :) Thanks

    [Reply]

  3. eks? how do you know bat? sebab gune name rajablog ka? haha

    dik mal - eks? tak la banyak sangat pasal teknikal kan? btwn, malas gak sebenarnya nak citer pasal teknikal sebab kena faham details dulu :P

    Dulu time rajablog ada, tak banyak blog citer pasal blogging and money dalam BM. Sume ada lam bi time tu. Alhamdullilah Skang makin banyak blog macam tu, tapi means competition la for me… :D

    [Reply]

  4. hehe..jangan terkejut kalau aku cakap yg aku taktau langsung pasal trackback, dapat tau pun lepas tgk entri dalam blog ni..ermm..bila tu ya? :)

    [Reply]

  5. Tak terkomen saya.
    Walaubagaimana pun terima kasih atas post ni. Ia pastinya amat membantus saya dalam mencari Identiti.
    Tentang blog catur tue. Tengah siapkan modul untuk update dia. Lagipun sekarang tengah sibuk dengan catur minggu ni perlawan peringkat mssmkl catur.

    [Reply]

  6. btul ape yang bat ckap tue. Biler cakap css jer, orang cakap pasal MySpace ngan Friendster. Tapi bagi aku menda tue dua lagi susah dari blog. Kalo tak caya tgk aku nyer MS ngan FS tue, takde ubah ape-ape sebab tak reti.. :P

    [Reply]

  7. Aku pun tak ubah apa-apa lagi. Tapi aku suke background putih and cam dah ok je dia punya design? Tapi mungkin ar nanti aku tukar design pilihan hatiku :P

    [Reply]

  8. [...] ramzwatcher a.k.a rajablog tercuit dengan post ibnu hashim berkenaan siapa aku di internet?,saya turut terpanggil untuk [...]

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>