Plug in untuk menghantar private email kepada Ahli Berdaftar

Assalamulaikum wbt

MasyaAllah, rupanya dah lama saya tak update rajablog. Hanya
idea yang melilau dalam kepala tapi tak tertulis. Anda pernah menghadapi
sedemikian?

Saya percaya ianya berkaitan dengan motivasi diri.
Kadangkala motivasi diri saya menjadi lemah dan perlukan dorongan. Hurm..saya
masih tercari-cari apakah motivasi yang sesuai untuk saya praktikkan selain
membaca buku motivasi dan membaca kitabNya.

Baiklah, berbalik kepada tajuk asal kita (wah, jauh
melencong..hehe)

Situasi

Pernahkah anda lihat ruangan register dan login untuk
membership blog iaitu pelawat perlu mendaftarkan diri dengan memasukkan email,
barulah anda boleh mendapat apa yang mereka tawarkan? Sebagai contoh, anda mendaftar di
perpustakaanmaya.com untuk mendapatkan ebook percuma yang berada disana.

 

Anda perlu daftar (register) dan aktifkan link di email dan
login untuk muat turun.

 

Manakala di satu bahagian administration saya (di bahagian
users), saya akan mendapat tahu anda telah mendaftarkan diri.

 

Masalahnya

Namun saya tidak dapat menghantar newsletter (email) kepada
subscribers saya kerana tiada fungsi newsletter.

 

Newsletter penting untuk memberitahu ahli bahawa bahagian
tertentu telahpun di update

 

Penyelesaiannya

Saya telah mencuba plugin ini: wordpress private email dan dapati ianya mudah untuk di install
dan mudah digunakan.

Saya mempunyai pilihan untuk menghantar email kepada
subscribers, users dan administrators.

wordpress-private-email-plugin Plug in untuk menghantar private email kepada Ahli Berdaftar

Cuma batasanya adalah saya tidak dapat menggunakan nama si
pendaftar untuk menyapa mereka seperti ?update terbaru, Ramzan?

Bagi saya cara menggunakan nama penting untuk mendapatkan
perhatian dan nampak friendly :)

Jika anda mahu menggunakan ruangan membership (daftar dahulu
baru boleh nampak di dalamnya), anda boleh mencuba fungsi ini.

Hingga berjumpa lagi, Sayonara!

powered by performancing firefox

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

4 Responses to “Plug in untuk menghantar private email kepada Ahli Berdaftar”

Leave a Reply