Ruangan Iklan
Mahu Mengiklanankan Laman Web, Blog dan Produk anda di RajaBlog.info?
Pakej Lengkap PengIklanan di RajaBlog Hanya RM 20 sebulan, TERHAD JULAI
Mulai 26 Jun 2008, pihak RajaBlog.info ingin mengumumkan bahawa ruangan pengiklanan telah pun dibuka kepada orang ramai. Pakej lengkap pengiklanan ini adalah merangkumi ruangan iklan di muka utama, blog, forum dan juga di bahagian Email Newsletter.
Pakej lengkap pengiklanan ini adalah merangkumi ruangan iklan di muka utama, blog, forum dan juga di bahagian Email Newsletter.Ya, anda bukan sahaja mengiklan di bahagian blog dan web, malah ke dalam email subscriber RajaBlog.info juga!
Namun saya tidak pasti adakah konsep sebegini akan diteruskan semula pada Ogos 2008, ia bergantung kepada statistik klik pengiklanan julai ini. Yang penting, kepuasan pengiklan diutamakan. Penerangan lanjut adalah seperti dibawah.
Ruangan Iklan di Muka Utama dan Blog
Setiap pelawat yang melayari muka utama dan Blog RajaBlog.info akan melihat iklan anda. Tambahan, muka utama kami adalah Page Rank 2 dan Page Rank 3 untuk blog. Sesuai untuk meningkatkan page rank blog anda.
Ruangan Iklan di Bahagian Forum
Setiap pelawat forum akan dipaparkan dengan iklan di bahagian tepi (sidebar).
Ruangan Iklan di Bahagian Newsletter RajaBlog.info

Newsletter ini dihantar kepada mailing list kami 4 kali sebulan. Jumlah subscriber buat masa sekarang adalah 220 orang. Tarikh penghantaran newsletter adalah setiap 2hb, 10hb, 18hb, 26hb. Ia adalah newsletter yang terhasil dari entri-entri RajaBlog.info
Izinkan saya memberitahu anda mengapa saya turut menawarkan iklan email? Ia merupakan salah satu teknik yang penting dalam pemasaran produk.
Pengalaman saya adalah lebih dari 10% pembaca email klik pada link yang diletakkan dalam email yang dihantar malahan ada yang click through rate tersebut adalah lebih dari 50%. Tak percaya? Lihat bukti yang dibawah.
Nota: Pakej lengkap ini hanya ditawarkan untuk bulan Julai sahaja, namun ia akan mula dipaparkan mulai 25hb malam, sebelum newsletter dihantar ke esokkannya pada 26hb.
Cara Membuat Tempahan Iklan
1 - Sila buat bayaran sebanyak RM 20.00 untuk pakej lengkap iklan di RajaBlog.info. Sila gunakan borang tempahan iklan disini.
2 - Selepas bayaran diterima, pihak admin akan menyemak iklan anda dan jika iklan anda tidak melanggar syarat pengiklanan, ia akan diluluskan dan akan mula dipaparkan kepada umum.
3 - Tetapi, jika iklan anda tidak diluluskan, wang anda akan dikembalikan
Syarat-syarat Pengiklanan
1 - Iklan yang dihasilkan mestilah tidak berkaitan dengan program HYIP, Skim Cepat Kaya, MLM Head Hunter, Program Resseller mengarut, Pelaburan Internet, Autosurf, Forced Matrix , Randomizer ataupun apa-apa program yang diragui kesahihannya.
2 - Dilarang membuat iklan yang menyentuh isu-isu yang menganggu ketenteraman awam seperti agama, perkauman, politik serta isu lucah.
3 - Bayaran pengiklanan perlulah dibuat di dalam masa 24 jam selepas anda membuat.
Buat masa ini, itulah sahaja cara-cara serta syarat-syarat pengiklanan di RajaBlog.info, info tambahan yang lain, akan dimasukkan dari semasa ke semasa. Jika ada sebarang pertanyaan, cadangan atau maklumbalas, sila nyatakan diruangan komen.



Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Leave a Reply