Gunakan Mozilla Firefox!

RajaBlog.info akan menggunakan Mozilla firefox sebagai browser pilihan semasa
memberikan tutorial dan tips berkaitan blogging. Ini kerana Mozilla firefox mempunyai ciri berikut:

1. Percuma

Mozilla firefox boleh dimuat turun secara percuma dan tambahan seperti plugin,
themes dan sebagainya boleh didapati di internet dengan mudah.

2. Lebih Pantas dan Selamat

Mozilla firefox mampu menjimatkan masa anda untuk melayari internet. Percaya atau tidak, ianya lebih selamat dari menggunakan internet explorer. Penggodam lebih sukar memuat turun trojan horse dan virus melalui browser anda.

3. Pelbagai fungsi menarik

Anda boleh menambah pelbagai fungsi (add-on) mengikut kehendak anda. Fikir dan pastikan keperluan anda, buat carian dan saya pasti anda akan tersenyum melihat segala macam fungsi yang boleh anda tambah.

Tutorial yang akan atau telah berikan biasanya akan menggunakan fungsi yang tiada di browser lain seperti fungsi search coding untuk mengubah template dan adsense.

Sudahkah anda menggunakan Firefox sebagai browser anda? Jika belum, saya cadangkan anda muat turun perisian berguna ini di:


3 Responses to “Gunakan Mozilla Firefox!”

Leave a Reply