Photoblog, sesuaikah anda?

Anda mempunyai minat menangkap gambar? atau mempunyai koleksi gambar bersama rakan-rakan? atau mungkin juga penuh dengan gambar pemandangan atau artis kegemaran? Jika ya, bolehla pertimbangkan photoblog. (p.s: gambar porn atau sejenis dengannya adalah dilarang. buat tanggung sendiri..)

Sebelum itu, mari kita kenali apa itu photoblog

Photoblog atau dalam bahasa Malaysianya blog foto merupakan blog bergambar sama ada gambar tersebut dtangkap sendiri atau dari laman web. Biasanya photoblog disusun mengikut kronologi.

Katakan saya mahu membuat blog foto hasil koleksi gambar dari sekolah lama saya, maka saya akan susun dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah.

Jika saya berada dalam organisasi tertentu seperti sukarelawan, saya ambil gambar dari tempat-tempat yang saya berkhidmat dan tampalkan pada blog tersebut.

Kalau saya budak kolej atau u pula tangkap gambar scenary dari aktiviti yang dianjurkan. Lagi ramai yang melawat dan tak sukar buat promosi..hehe..alah, paling tak pun mereka yang dalam gambar datang beri komen, kan kan? ;)

? Template apakah yang sesuai?

Template biasa pada blogger sebenarnya tidaklah berapa sesuai untuk photoblog kerana susunannya. Boleh je cari template untuk blogspot di internet antaranya blogger-templates.blogspot ?

Untuk wordpress, pastinya ada dan lebih banyak funtionalitinya antaranya fivebyfive.com Bagi saya jika anda pengguna wordpress, gunakanlah subdomain anda, tak perlu membeli domain baru. Tapi jika gambar tue pelik2 dan sukar, mungkin boleh pertimbangkan domain yang sesuai ;)
Jadi sekarang, cuba fikirkan..adakah anda boleh mencipta blog foto wahai rakan-rakan?

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

13 Responses to “Photoblog, sesuaikah anda?”

Leave a Reply