Permulaan 2009, Blog anda Liabiliti atau Asset?
Assalamualaikum wbt
Pada bulan July 2008 yang lepas, saya telah menghentikan IM untuk focus terhadap final year project (fyp) untuk membuat system. Dan sepanjang waktu tersebut juga saya telah menganalisa beberapa website dibawah RajaBlog.info dan sesetengahnya telah menjadi liabilii (bebanan) berbanding asset.
- Anda boleh baca tulisan yang bagus dari Alang mengenai Adakah blog anda asset atau liability.
- Panduan Menjual Blog/Website
Adakah blog anda Liabiliti atau Asset?
Maka apa yang saya mahu lakukan untuk tahun ini adalah mengurangkan kos dan juga menjual website yang menjadi liability tersebut dari terus meneruskan atau menghentikan ia serta merta. Menghentikan web yang dibina serta merta tanpa menjualnya adalah amat rugi kerana banyak masa dan tenaga telah diperuntukkan.
Website Flipping (menjual website) jika ianya liabiliti.
Persoalannya, bagaimana untuk mengurangkan kerugian dengan menjual website tersebut? Itulah yang menjadi masalah buat saya pada masa sekarang. Saya ada menjumpai panduan website flipping tapi ia versi berbayar. Untuk 2009, saya berhajat untuk mengurangkan perbelanjaan IM dan untuk lebih berjimat cermat disamping memaksimumkan ilmu IT yang saya ada (programmer).
Oleh itu sekarang saya sedang melakukan research bagaimana untuk melakukan website flipping. Jika anda ada cadangan dimana untuk belajar tentang website flipping yang bagus dan percuma, jangan lupa berkongsi dengan saya ya!

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Leave a Reply