Perlukah Tenaga Pengajar Mempunyai Blog?

Perlukah cikgu mempunyai blog? Perlukah pensyarah meluahkan idea di blog?

Assalamualaikum w.b.t

Hurm..persoalan di atas sebenarnya telah seminggu bermain di fikiran saya. Adakah seorang tenaga pengajar seperti cikgu, pensyarah ataupun sesiapa pun yang berkaitan dengan bidang pendidikan mempunyai blog sendiri?

?Maaf, saya tiada masa untuk itu. Lagipun hanya pelajar sahaja yang baca penulisan saya, Saya tak nampak pun apa faedahnya? Ini persolan yang mungkin timbul dari benak fikiran seorang pengajar (ini hanya rekaan semata-mata)

Jadi hari ini saya mahu meluahkan pandangan saya disini. Saya amatlah bersetuju jika pensyarah, atau cikgu-cikgu atau sesiapapun jua yang mendidik supaya mempunyai blog terutama pensyarah universiti. Jika tidak mampu menulis bersendirian kerana kesuntukan masa kerana kesibukan harian, tulislah secara berkumpulan.

Kenapa? Ini point saya:

    1. Luahkan Idea dan Harapan Kepada Pelajar.

Saya percaya seorang cikgu atau pensyarah pasti mempunyai sekurang-kurangnya sedikit idea atau pendapat terhadap anak buah mereka. Proses meluahkan idea sebegini mampu mencabar pemikiran pelajar dan sebenarnya merupakan penyampaian ilmu secara tidak langsung.

    1. Meluahkan Idea kepada Rakan Sejawat

Manusia mempunyai pelbagai karektor dan pastinya termasuk cikgu. Ada yang pendiam dan tidak berapa bergaul dan ada juga yang jenis aktif, tiada segan silu. Jadi mereka yang pendiam ini bolehlah menyuarakan pendapat mereka diblog. (ni dah tahap desperate sangat dah nie..)

    1. Menunjukkan keyakinan || Motivasi kepada pelajar

?Saya yakin dengan prestasi pelajar kita dalam pertandingan xxx? atau ?semalam saya ada berbual dengan ketua bahagian, mereka beritahu ada hadiah untuk pelajar yang menang dalam pertandingan xxx?.

Ayat diatas hanyalah contoh. Kalau cikgu betul yang tulis, mesti lagi cool. Pokoknya apa yang saya mahu sampaikan adalah blog boleh menjadi medium untuk memberi kata pujian dan semangat kepada pelajar. Dengan kata lain, ianya boleh bertindak sebagai motivasi.

 

    1. Mengikuti Peredaran Masa

?Ajarlah anakmu pada zamannya? Nabi kita sendiri menyarankan pelajaran diberi berdasarkan zaman penerima pelajaran tersebut. Pada hari ini, saya boleh menganggap blog sebagai satu trend kepada golongan muda: pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. Jadi tidak salah rasanya cikgu atau pensyarah menggunakan medium yang sama untuk berinteraksi. InsyaAllah, pelajar sendiri akan promosikan blog tersebut sesama mereka.

 

5. Latihan Secara tak langsung.

Dari pengamatan saya, jika pensyarah atau cikgu mampu membina blog yang mempunyai idea menarik dan mencabar kemampuan berfikir pelajar, pastinya ini dapat membantu pelajar dari segi memberi kritikan membina dan bersebab. Latihan sebegini dapat membantu pelajar untuk menghadapi temuduga di kemudian hari.

 

Setakat ini, hanya ini sahajalah nampaknya apa yang hendak saya luahkan. Lega rasanya. ;)

Bagaimana pula dengan pendapat anda?

 

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

9 Responses to “Perlukah Tenaga Pengajar Mempunyai Blog?”

Leave a Reply