Pengaruh Teknologi kepada kehidupan – er..dan Blog!
Adakah anda seorang yang mengikuti perkembangan teknologi? Adakah teknologi di internet memberi pengaruh kepada anda?
Assalamualaikum wbt
Saya tertarik dengan post dari linn comel mengenai Teknologi dan Akal. Anda boleh baca disana.
Saya sebenarnya dah lama nak tulis post nie. 1 minggu yang lepas ketika menaiki bas, saya ada terfikir:
?kan senang kalau ada pocket pc. Jimat masa leh buat post lam bas. Sampai utp leh terus post?.
Sebenarnya dah agak lama saya mengidamkan 1 tapi al-maklumlah masih tak cukup duit lagi. Ada-ada aje. Tak dapatlah. Takpe..berjimat dulu < – pujuk diri sendiri..
Daripada blog biasa timbullah pula photoblog, videoblog, mobile blog. Semuanya dengan perkembangan teknologi.
Saya juga pernah menghasilkan post mengenai Perlukah Tenaga Pelajar Mempunyai Blog? yang membincangkan mengapa perlunya seorang guru atau pensyarah mempunyai blog. Itu juga perkembangan teknologi dalam kehidupan. Itu baru dalam dunia blog, tak termasuk dunia nyata dan dunia elektrik, elektronik lagi. Hehe
Namun pernah saya terfikir, adakah saya sempat mengejar teknologi bila saya telah berumur 60? Masih bolehkah saya mengetahui banyak hal tentang teknologi seperti sekarang? Namun saya abaikan aje..alah, benda lambat lagi. Lagipun tu bukan kerja kita.
Dalam kehidupan saya, pagi-pagi sebelum sarapan saya akan lihat feed terbaru untuk dibaca. Dan blog yang saya paling tak mahu miss adalah problogger.net yang ditulis oleh otai bernama Darren. (eh, sekarang dah start puasa. No sarapan! ;) )
Oh ya, cerita anda pula bagaimana?
terima kasih atas informasinya. sangat berguna utnuk saya. nice article and nice information
[Reply]