Anda Berada di > Muka Utama / Bahasa Melayu, personal / Pengajaran Tahun 2007

Pengajaran Tahun 2007

Assalamualaikum wbt

Nampaknya esok kita akan menyambut Tahun Baru 2008 dan tentu anda akan ditanya apa azam tahun 2008? Azam dan perancangan 2008 penting namun Lesson Learnt untuk 2007 pun penting kerana ini akan membantu anda supaya tak melakukan kesalahan yang sama.

Kali ini saya akan berkongsi lesson learnt 2007 saya iaitu:

Tak Rugi melaburkan duit untuk Ilmu

Sebelum ini saya mengambil langkah berjaga-jaga iaitu mau ilmu free aje dan ditakdirkan beberapa bulan sebelum ini saya melaburkan duit untuk ilmu. Ilmu yang berbayar ni lain skit dari ilmu dapat free - anda ada rasa untuk bertindak! Yelah, kan dah bayar tu. So dah bayar, takkan tak nak apply kot.

Rancang Gerak Kerja dan belajar patuhi schedule.

Saya seorang yang amat liat untuk mengikut schedule sebenarnya. Namun fikir positif dan usaha lagi. Saya percaya saya mampu berubah sedikit demi sedikit. So saya kenalah buat schedule yang munasabah untuk 2008.

Katakan saya mampu menyiapkan 10 artikel sehari secara maksimum, jangan buat jadual untuk 10 artikel sebaiknya 5 atau seumpamanya (ambil purate/avarage) kerana yang 10 tu maksimum dan kadangkala saya akan ada masalah lain seperti tak berapa sihat dan problem internet connection. So rancang perkara tu biar avarage :D

Kena Cepat Bertindak

Perkara lain yang saya pelajari adalah kena cepat bertindak dan belajar diam. Tiada guna mengumpulkan banyak informasi berguna tanpa praktikal. Saya lupa di internet walaupun saya menulis atau meluahkan pendapat di forum atau blog, saya sebenarnya melaungkannya kepada puluhan orang bahkan mungkin ratusan.

Belajar Say No

Saya boleh berkatakan tidak untuk sesuatu yang tidak memberi manfaat saya di dunia offline namun di dunia online ia tidak berlaku. Contohnya orang ajak borak di IM sedangkan time tu banyak kerja, saya layan jugak. Saya pun tak tukar status ke Busy ke ape benda ke..hehe.. Borak berilmiah tak apa tapi kalo ngumpat, rugi masa la beb :P

So itulah beberapa lesson learnt atau pengajaran sepanjang 2007 (ada lagi tak sempat nak tulis panjang-panjang, penat…)

So jangan lupa share apa pula pendapat atau lesson learnt anda :D

Entri Berkaitan

4 Responses to “Pengajaran Tahun 2007”

  1. EHm. Yap. Betul. Kene cepat bertindak dan fikir cara yang memfaatkan kita.

    silentleo’s last blog post..Azam 2008

    [Reply]

  2. yup, tu lah problem saya sebelum ni. Tau tapi tak bertindak. Alangkah tak berapa cerdik :P

    [Reply]

  3. sama macam sy..hoho.cuma sy kurang ym je.tahun baru,azam baru,hidu baru…yup,nak jadi orang berilmu dan kaya dengan pengalaman.

    naem | DiariAdsense’s last blog post..???:Komen Lebih Bermakna Dengannya

    [Reply]

  4. Betul tu banyak yang perlu diperbaiki.. Saya masih merangkak lagi.. Tapi takpe… setiap hari kita perlu perbaiki hidup ini

    zool’s last blog post..Azam 2008

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>