Mengenai Kami
Assalamualaikum wbt.
Mengenai Kami? Haha…Sebenarnya projek ini hanya ada saya seorang sahaja tapi jika berkembang, mungkin perkataan ‘kami’ akan d
igunakan.
Sedikit Mengenai Saya, nama saya ialah Mohd Ramzan Bin Rozali, berasal dari Kelantan Dari Naim, Bandaraya Islam.
Mengapa saya mewujudkan rajablog.info? Adakah saya poyo dengan menamakan diri sebagai raja blog? Jika anda lihat banner kecil selepas setiap post, anda akan dapati: Cita-citaku mahu menjadi Raja Blog! Ya, saya sedang berusaha ke arah itu dan saya akan memberikan segala info, tutorial mengenai blog kepada anda secara percuma!
Adakah saya mahu menyekat pendapatan orang yang membuat servis bersabitan dengan blog?
Tidak sama sekali. Saya percaya yang semakin banyak ilmu yang saya curahkan,semakin banyak yang saya akan dapatkan. Saya sedar diri saya bukanlah seorang pakar blog tetapi saya percaya saya akan menjadi salah seorang dari mereka.Saya memulakan blog pertama saya di blogspot pada akhir tahun 2005 dan blog terakhir blogspot saya adalah tipblogger.
Niat saya adalah untuk memberi dan menyebarkan ilmu mengenai blog kepada rakyat Malaysia yang mahu belajar dan yang mahu tahu, khususnya golongan sederhana dan kebawah seperti saya juga.
Saya menyedari kurangnya blog berbahasa Melayu yang mengajar mengenai teknikal, mahupun fakta mengenai blog maka sebab itulah saya hadir, menawarkan diri sekadar yang termampu. Konsep saya, anda mahu belajar, anda selalulah melawat ke blog ini.
Apakah yang akan saya ajarkan dan bagaimana cara mengajarnya?
Saya akan cuba menulis post pada setiap hari dan saya akan menggunakan pelbagai kaedah seperti gambar dan video dalam versi flash pada post dan kemudiannya boleh dimainkan di bahagian galeri video.
Semoga anda dapat manfaat dari info yang saya ketahui ini. Sebar-sebarkanlah ilmu!

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Jan 28th, 2007 at 10:26 am
saya sokong budi baik ore klate..saya harap ore klate lain pun supo dgn Ramzan…
saya pun ore klate jgk…
Jan 28th, 2007 at 2:59 pm
timo kasih pijow :D
Jan 30th, 2007 at 4:09 pm
Apa pun.. blog nie memang menarik…
Jan 31st, 2007 at 12:13 pm
teruskan usaha bro…
Mar 11th, 2007 at 8:42 am
Lohhh oghe kelate gak….Blog yg bagus sbb byk ilmu2 yg bole dipelajari kt dalam blog nie …
Apepun..gud luck and wish u get what u want…Gambatee!!!
ps : nanti bulehlah jupo kt KB Mall ke … :D
Mar 11th, 2007 at 9:00 am
bleh, tadop hal :D bleh g main2 bowling..hehe
Mar 25th, 2007 at 9:22 am
bereh..rama2 gi main KB MALL..hehe
Apr 15th, 2007 at 11:29 am
good luck ramzan, even tidak senegeri tp seagama..
May 20th, 2007 at 10:29 pm
Hm… baguslah tu..
saya plak baru belajar kalau tak betul tolong betulkan…
harap2 dpt buat blog sendiri…
tapi pulus tak mengizinkanlah ramzan…
harap dpt buat blog camnie…
May 20th, 2007 at 11:07 pm
memang minat nak buat blog dalam wordpress ke zool? mungkin saya bleh tlg awak kalau awak nak guna wordpress cam ni, tapi kene bincang ngan saya dlulah sket :D
May 31st, 2007 at 10:49 pm
ada gak minat..
tapi mungkin bukan dlm masa terdekat nie…
buat masa nie.. buat kat blogger je dulu…
Jun 3rd, 2007 at 11:28 am
bagus, good luck.. teruskan usaha ini..
nanti boleh la curahkan ilmu pada yg lain2…
saya pun minat jgk wat blog, tapi selalu sekerat jalan, sbb jarang online.. kena baiki pc kat rmh dulu baru bole selalu update..
idup kelate…
Sep 2nd, 2007 at 9:54 pm
teruskan usaha..
Sep 6th, 2007 at 11:38 am
salam..baguslah..ada jugak orang melayu dan seislam yang meneraju tonngak dunia IT ni..mg berjaye kelak..MAN JADA WA JADDA :)
Sep 7th, 2007 at 6:36 pm
eks..hidup2…haha
oh, btul tu. Takde internet kire separuh usaha anda akan terbantut. Susah!
Sep 7th, 2007 at 6:37 pm
Terima Kasih Zaimah. Saya pun harap awak pun berjaya dalam apa yang awak lakukan, InsyaAllah..
Jun 19th, 2008 at 1:01 am
bang mintak tolong klu ada kwn kwn yg dah beli pakej perniagaan lengkap dr monakas.com yg nak jual balik 2nd hand bole email kat saya.yg duduk dekat kaw kulai johor,kota tinggi atau j.b lg bagus…..nak beli baru sorang tak mampu….klu ada nak kongsi pun bole jugak