Mengapa niche blog?

Ketika bercakap-cakap dengan salah seorang kawan saya yang mahu menulis di RajaBlog.info, saya katakan padanya boleh asalkan ia berkisar tentang dunia blogging sama ada teknikal dan seumpamanya.
“Amboi…macam Strategic Management ajer? Takkan blog pun main-main niche jugak..”
Entri kali ini akan berbincang mengapa niche blog dan apa yang baiknya niche blog ini..
Mengapa Niche?
Pembaca Setia
Saya ambil contoh blog seperti engadget.com yang mempunyai amat ramai pembaca setia. Pembaca tahu apabila mereka ke sana, mereka akan dipaparkan dengan barangan elektronik. Mereka tidak akan dipaparkan pasal politik, movie atau macam-macam benda yang lain.
Mereka hanya dapat apa yang mereka perlukan, iaitu maklumat barangan eloktronik yang cool dan menarik. Begitu jugalah kisahnya dengan blog politik di Malaysia ;)
Penulis Pakar
Kebanyakan niche blog akan ditulis oleh mereka yang pakar. Di Malaysia contohnya, blog mengenai kewanitaan, keagamaan dan kesihatan akan ditulis oleh mereka yang pakar: doktor dan ustaz-ustaz. Inilah contoh niche blog yang terbaik.
Pembaca yang baru singgah akan tahu bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat dan terjamin - tiada ketakutan dan kebahayaan. Jika perlu bertanya tentang sesuatu, mereka tahu akan mendapat respons segera dib log tersebut yang mereka tahu penulisnya adalah pakar dan professional. Dan saya harap ini juga salah sebab mengapa anda datang ke mari :D
Bagus untuk Iklan Teks
Kerana berbicara sesuatu niche dengan spesifik, ia juga bagus untuk buat duit dari iklan teks atau cpc seperti adsense. Adsense sebagai contohnya akan memaparkan iklan yang lebih relevan dengan blog niche. Pemilik blog juga akan lebih tahu anggaran income dari blog tersebut berbanding topic yang bercampur aduk.
Bagus untuk SEO
Niche blog lebih bagus untuk SEO dimana Search Engine akan berangapan bahawa blog tersebut mempunyai lebih authority dan akan disenaraikan dengan lebih baik di Search Engine, untuk jangka masa panjang.
Menarik Perhatian Pengiklan
Biasanya satu syarikat akan berminat untuk mengiklankan di blog yang ada kaitan dengan mereka. Lebih bererti, lebih strategik dan make sense. Saya juga akan mencari blog berkaitan untuk promotion.
Saya pernah menggunakan adwords untuk mempromosikan Rahsia 10K dan saya kerugian Rm 80 kerana salah memilih sasaran untuk iklan. Saya mensasarkan blog politik yang umum diketahui ramai pembaca, tapi hasil yang membeli setelah ke web berkeanan adalah kurang kerana tidak spesifik dan ramai yang hanya sekadar berminat untuk membaca, tapi bukan untuk membeli. Lagipun itu bukan bidang mereka!
Jadi bagaimana dengan blog yang bukan niche? Nantikan post seterusnya…

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Jul 22nd, 2008 at 12:16 am
Kena concentrate lebih kepada niche blog lah .. kalau macam tu :)
[Reply]
Jul 22nd, 2008 at 3:28 pm
saya memang amat bersetuju sekali…bila kita pergi blog politik,mesti kita berharap akan dapat maklumat tentang politik,buakn tentang memancing @ len-len.bila sesuatu blog itu tidak spesifik,maka pelawat yang ingin dapatkan maklumat tentang sesuatu perkara,tidak akan menjadi kan blog yang tidak spesifik itu sebagai sasaran…
paans last blog post..Blog dofollow??
[Reply]
Jul 25th, 2008 at 11:18 am
[...] ramzwatcher on July 25th, 2008 Pada artikel yang lepas saya ada menulis tentang Mengapa Niche Blog dan mungkin ada yang [...]
Jul 29th, 2008 at 3:59 pm
Owh….sy kurang pasti, apa yang dimaksudkan dengan niche. Kalau saya salah tolong betulkan. Adakah nichetu merupakan sesuatu topik spesifik yang kita ingin utarakan atau paparkan di dalam blog? Kalau betui fahaman saya, agak2nya apa tajuk paling diminati oleh orang ramai?
Bisnes TDTone
http://bisnestdtone.com/khairul
“MUDAH & MENGUNTUNGKAN”
[Reply]
ramzwatcher Reply:
July 30th, 2008 at 10:23 am
Ya Khairul. Itulah sebenarnya :D Cuma lebih popular perkataan perancis tu :D
Kalau Malaysia tak lainn tak bukan, blog politik :)
[Reply]