Masalah Perisian Cetak Rompak
“Aku nak hasilkan video tutorial yang boleh dijual. Senang aje nak carik software nak buat tu. Boleh aje pilih mana-mana
yang rasa best. Takde hal punyalah. Macam ni senang lah skit aku nak establishkan diri dan jugak jadik bisnesman nanti.”
Itulah antara kata-kata dalam hati saya satu masa dahulu.
Namun saya agak malang kerana setiap kali video tersebut siap, ia selalu sahaja bermasalah sama ada rosak atau website
yang menjadi rujukan sudah menukar rupa dan servis dan perbualan 2 minggu lepas dengan kawan saya kembali menyedarkan satu perkara penting…..
Alhamdulillah, tuhan memberi kemudahan kepada saya untuk memahami dan memaksimumkan satu-satu software, terutama software yang berguna dan kompleks seperti photoshop, captivate, indesign, dreamweaver dan banyak lagilah… Berdasarkan skill-skill tersebut, saya mempunyai kemahiran cari duit yang banyak. Pelbagai benda mahupun produk yang boleh saya hasilkan tapi mereka mempunyai satu persamaan: perisian tersebut adalah pirate dan tak boleh dijual hasilnya.
Perbualan tersebut telah mengingatkan saya mengenai halal dan haram bisnes yang menggunakan perisian cetak rompak.
Pada pendapat saya, saya boleh menggunakan software tersebut untuk belajar fungsi mereka, tapi tidak boleh menjual sebarang produk yang terhasi dari mereka. Namun otak saya tetap mencari akal “kalau macam tu, macam mana aku nak kumpul modal skang? Hurm…design la logo ke, wallpaper ke..” Malangnya semuanya tak boleh bila sumbernya tetap tak betul sebagai contoh:
- Design Logo atau ecover - gunakan photoshop - pirate! Tak boleh dijadikan sumber modal.
- Jual Video yang ada - gunakan captivate - pirate jugak! Tak boleh dijadikan sumber modal.
So sekarang saya terperangkap dengan kebiasaan dahulu - mau hasilkan apa-apa just guna software cetak rompak. And now i want to change this!
Saya mahu jadi seorang businessman yang hasilnya boleh dimakan dan hatinya tenang..Saya mahu gunakan software ori! Nasib baik windows dah ori, dah buang satu masalah. Masalah…masalah….
So nampaknya kenalah saya mengumpulkan modal yang halal untuk membeli software menghasilkan video tutorial bernilai RM2000 (nilai yang banyak untuk student)
Saya rela bermula dari zero, untuk kebaikan diri saya sendiri di masa hadapan.
Jika anda berminat untuk membuat sebarang jv dan berminat berkongsi modal, silalah beritahu saya ya untuk diskus :D
P.S: Saya sudah menghantar email kepada semua yang berminat untuk menyertai projek otaku blog di google group. Ini hanyalah brainstorm yang pertama.? Peliknya entah kenapa password protected post tu tak boleh masuk. hairan- hairan…

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Jun 10th, 2007 at 3:59 am
klu cam2 kn ramz,ape kat pki jek software open source ker..freeware dgn shareware ok gak..tp ape2 pun elok sgt fikiran ramz cam2..gud luk ramz..
[Reply]
aman Reply:
June 13th, 2007 at 9:55 pm
reramai suppot open source jom.. :D
[Reply]
Jun 10th, 2007 at 11:57 am
setakat nih sumer ori lagi kecuali photoshop ngan dreamweaver hehe
[Reply]
Jun 10th, 2007 at 3:54 pm
para cracker ngan nuller dah bnyak kali mention dlm NFO mereka…
“this is for educational purposes only”
“if you like this software, then buy it”
dan ayat yang paling best
“f**k to all those P2P lamers”
heh.. faham2 je la..
tapi ade bangse.. dengan mende ni mereka buat duit 1 cd RM5.. memang menguntungkan tp pasti ade side effect.. kene tangkap or hidup senang tapi ketakutan, kene penyakit, keluarga tak bahagie dll.. tuhan balas dari segi lain..
kalo 40 developer software sumpah.. maka balasan akan diterime sama ada di dunia atau akhirat..
kalau kite gune for tutorial, better gune evaluation copy.. tutorial dlm kelas pun makan mase bkn setahun.. evalution copy paling sesuai.. same as making a video..
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 11th, 2007 at 10:04 am
yes, all for educational purpose only :D
Saya pun baru terperasan benda ni, oh!
[Reply]
Jun 11th, 2007 at 10:03 am
well, saya kena buat plan la supaya dapat kumpul benda jumlah tu..
[Reply]
Jun 11th, 2007 at 8:46 pm
masalah yang terpendam sekian lama
nak beli ori, tak berkemampuan
kongsi pun cadangan yang menarik
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 13th, 2007 at 10:20 am
oh? kongsi modal tu rasanya elok beli utk 1 orang guna aje, but the profit from it can be share la :D
[Reply]
Jun 12th, 2007 at 10:32 am
Mahu ataupun tidak, jika mahukan rezeki yang halal mesti dari sumber yang halal… Berusaha je la..
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 13th, 2007 at 10:22 am
itulah. Usaha kena ada la. pasrah aje tapi tak usaha tak berapa ok
[Reply]
Jun 12th, 2007 at 9:29 pm
Komputer baru ( yg jenis “klon” punyer ), windows tu tak pasti ori ker tidak. Kekadang empunya kedai cam x bertanggungjawab plak rasenye. Masalah perisian ori nih kalu nak tengok, memang berat jugak.
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 13th, 2007 at 10:18 am
oh ho. kalau tanya dia bagitau la kot. :P
[Reply]
Jun 13th, 2007 at 5:57 pm
ramzwatcher, takyah tanyer. try update windows tu, ade ler microsoft anta cam “ingatan” gitu. Gini ler dia cakap | you windows is not genuine bla bla |…penah kene dulu :D
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 13th, 2007 at 10:59 pm
haha..i dont have that kind of problem or. Saya suka guna windows ori (sebab alang-alang dah ada..haha)
[Reply]
Jun 13th, 2007 at 11:07 pm
Ntah lah saya punya windows pun tak pasti ori ke tak..
beli je dah siap pasang dari kedai..
harap2 ori lah kan…
nak beli tak mampu le plak..
[Reply]
Jun 18th, 2007 at 12:23 pm
Betul jugak kan.. baru terfikir.. Ni yang sekarang ni saya pun mula mencuba produk open source.. openoffice ganti microsoft office.. dan paint.net ganti adobe photoshop.. Cubalah guna paint.net .. OK jugak - untuk orang2 yang macam saya.. hahahaha.. Saya nak jugak tahu apa kata pakar animator tentang software ni.. Boleh di download kat getpaint.net..
[Reply]
Jun 19th, 2007 at 2:21 pm
[...] Dan saya rasa paling baik sekali jika anda langsung tidak melakukan perkara ini. Buat apa anda nak ambil content orang lain? Lebih baik anda menulisnya sendiri atau mengupah orang lain melakukannya. Terutama sekali kalau tujuan anda syndicate content tu untuk membuat duit. Bagi orang Islam, hal ini akan berbalik kembali kepada menggunakan sumber yang halal untuk mencari rezeki.. Sudah tentu tidak halal untuk anda mengambil hak orang orang lain tanpa kebenaran. Jika sumbernya tidak halal, bagaimana dengan rezeki yang diperolehi? Anda boleh baca penjelasan RajaBlog tentang isu penggunaan sumber yang tidak halal untuk mencari rezeki. [...]