Laluan Rahsia Blogspot
Assalamualaikum semua. Yosh! Ceria kah anda hari ini? Kalau tak, kena ? kenalah ceriakan diri di hujung minggu ni. Boleh jalan-jalan beb!
Hari ini saya akan buat post yang boleh dikatakan menjadi rahsia dan tanda tanya bagi mereka yang menggunakan blogspot. Saya mengambil masa selama 4 bulan untuk menyedari rahsia ini.
Saya pernah ditanya oleh kawan saya mengenai template blogspot: Mu wat ghano ni Je? - dalam dialek kelantan. Kalau orang KL cakap: Kau Buat macam mana ni zan?
Anda tahu apa yang dihairankannya? Dia melihat archieve adalah drop down menu -rujuk gambar disebelah kanan.
Yippie!..hari ini anda akan tahu bahawa ada lombong timah blogspot disana dan tidak kerugian masa seperti saya dahulu. Dimana tempat rahsia itu?
Jawapannya di blogger help!
Jika anda perhatikan di bahagian dashboard, ada link di bawah sekali dan salah satu daripadanya adalah blogger help.
Mungkin akan ada yang kata: Eleh, tu bukan rahsia.
Ya, memang bukan rahsia pada asalnya tetapi jika anda tidak tahu, tidak pernah gunakannya, pastinya ia satu rahsia buat anda bukan? Saya tidak mahu anda kerugian masa dengan mencari di enjin carian bagaimana buat itu, buat ini sedangkan telah ada di bahagian blogger help. Rugi masa anda melayari internet!
Baiklah, di bahagian tersebut terdapat beberapa pecahan utama iaitu Blogger Basics, Working with blogger, advanced use dan Beyond Blogging, yand di dalamnya mengandungi pelbagai pecahan pula, sesuai untuk rujukan anda.
Selamat belajar dari blogger help
Jadi sekarang, anda dah boleh dikira blogger professional lah ya kerana tahu rahsia ini :p
Saya telah mencuba perisian video yang pernah saya katakan semalam, dan hasilnya: saya masih tidak dapat streamkan video tersebut. Kenapa? Sebab ianya pecah-pecah.
Walau bagaimanapun, versi muat turun boleh diusahakan kerana berlainan format.
Video tutorial apakah yang mula-mula anda mahu pelajari? Tinggalkan komen di bawah :)


Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Aug 22nd, 2006 at 4:10 pm
en,betul ke? kene usaha lagi nih..sibukla plak skrgi nih..xde masa nk buka blog..sat laie nk tgk akaun..
[Reply]
Sep 3rd, 2006 at 10:07 pm
apekah cara nyer?sy still musykil ni..
[Reply]
Sep 4th, 2006 at 7:19 am
hohoho..selamat datang ajim!
kalau pakai blogspot and nak adjust situ sini, kena tahulah rahsia nie..kalau tak ruginya masa search kat google nak wat gini camne, gitu camne sedangkan kat help blogspot dah ada.. ;)
[Reply]
Aug 10th, 2007 at 6:24 pm
Blog Software and Blogging Resources…
Sorry, it just sounds like a crazy idea for me :)…
Jan 22nd, 2008 at 5:27 pm
Apa yang rahsia nye? HAHAHA
[Reply]
Jan 24th, 2008 at 12:34 am
cakap rahsia la baru orang tengok. haha
[Reply]