Kisah di Klinik Mata

Alkisahnya…

Lebih kurang 2 minggu yang lalu, saya ke klinik mata di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Setelah melakukan pemeriksaan mata (tak sampai sejam, tapi tunggunya 5 jam), rupanya
saya telah tercicir cek google adsense di bilik pakar berkenaan. Nasib baik
Dr. Tan, mengenali saya dan menghantar cek tersebut kepada saya yang ketika
itu sedang beratur membuat appoinment seterusnya.

Dr. Tan: You buat apa dapat cek ini? Web atau Blog?
Saya: Blog
“eh, tau gak mamat ni pasal benda ni rupanya” desus hati saya
Dr. Tan: Berapa page view u sampai dapat seratus lebih?
Saya: Rasanya about 40.
Dr. Tan: 40 pun boleh dapat seratus lebih ka?

Beliau terus berlalu meninggalkan saya. Tak sempat saya memberitahu yang 40 tu
bermaksud 40 Kilo. Alahai..

Disebalik…

Perbualan tersebut membuatkan saya terfikir, adakah beliau juga seorang blogger?
Apa yang ditulisnya? Tentang penyakit mata juga kah?
Tapi saya percaya beliau juga seorang blogger kerana mengetahui istilah page view dan
mengetahu mengenai google adsense.Rupanya ramai gologan elit menjadi blogger..

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

7 Responses to “Kisah di Klinik Mata”

Leave a Reply