Kenapa Anda Perlu Belajar Mencipta Templates WordPress?

Assalamulaikum wbt

Seminggu selepas ini saya akan bercuti dari pembelajaran di
universiti saya dan inilah masanya untuk saya menambahkan sebanyak mungkin
ilmu, selama 7-8 minggu.

Saya merancang untuk belajar menghasilkan tema wordpress.
Disini saya senaraikan 3 sebab utama yang mampu saya fikirkan buat masa ini.

Faedah menghasilkan tema?

backlink dan page rank

Jika anda perhatikan blog atau
website yang pernah menghasilkan tema, page rank mereka adalah
sekurang-kurangnya 3! Ini kerana semakin ramai yang menggunakan tema anda,
semakin banyak banklink yang diterima. Untung kan? Secara mudah mendapat page rank.

Wang Kecil

Jadi apa gunanya page rank yang
kita dapat tu? Duit kecil! Maksud saya adalah duit dari adsense dan
text-link-ads (ref). Setelah mendapat page rank lebih dari 3, maka blog saya
berpotensi untuk menjual ruangan link dengan text link ads.

Wang Besar

Dan jika saya cukup selesa dan
hebat dalam mencipta template, maka saya juga berpeluang mendapat upah. Anda
tahu berapa upah satu template wordpress? Setahu saya ianya tidak tetap namun
biasanya lebih dari USD 200 dan jika ditukar ke Ringgit Malaysia, itu
dah RM720. Wow!

 

Inilah antara sebabnya saya mahu belajar menghasilkan
template wordpress sendiri. Oh ya, khabarnya amanz.net juga telah menghasilkan
template beliau sendiri pada bulan Ogos lepas. Congrats Aman!

Sekarang setelah mendengar alasan saya, adakah anda juga
bersemangat untuk mencuba menghasilkan template anda sendiri? Atau apa pendapat anda? Saya berharap ada yang mahu berkongsi ilmu nanti :)

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

20 Responses to “Kenapa Anda Perlu Belajar Mencipta Templates WordPress?”

Leave a Reply