Keluar Dari Zon Selesa Anda
Pada petang semalam saya telah menghasilkan post yang lepas tetapi malangnya ia telah masuk ke draft, bukannya publish. Mungkin kerana saya telah pun menyiapkan post tersebut dan simpan di draft dlu, ia menjadi begitu. Ia adalah kesilapan teknikal dan saya kira saya masih di dalam cabaran 40 hari cuma silapnya saya tidak check dahulu post tersebut sebelum keluar dari web. (tutup browser lah) Jika berlaku sekali lagi akan hal ini, saya akan kira kantoi!
Baiklah, hari ini saya mahu berbincang dengan anda kenapa anda perlu menyertai dan menyahut cabaran 40 hari ini dan faedahnya kepada diri anda.
- 1 kehendak dan kuasa fokus
- Dengan menyertai cabaran ini, ini bererti anda mempunyai 1 kehendak untuk memajukan blog anda sendiri dan yang paling penting, anda menyatakannya kepada umum. Ini akan memberikan kekuatan untuk fokus kepada blog anda.
- Hari ini merupakan hari ke3 dalam cabaran ini dan barulah saya tahu bahawa saya sebenarnya mempunyai masa untuk post setiap hari. Sebelum ini saya hanya memikirkan bahawa saya tidak mampu post hari-hari.
- “Alah, baru hari ketiga… Lambat lagi tu cu…Lama 40 hari tu..” seorang nenek menyampuk, memberikan pendapat.
- “Tapi saya ada kawan-kawan yang turut sama mempunyai 1 matlamat yang sama dan saling mendokong…” Oh, semua itu adalah imiginasi saya :D
- sumber kewangan
- blogging boleh menjadi 1 sumber kewangan/pendapatan tapi kenalah tahu caranya. Dan salah satu rahsianya adalah menghasilkan post berkualiti setiap hari selama yang mungkin dahulu (40 hari?). Barulah langkah seterusnya boleh dibuat.
- InsyaAllah Adsense saya akan sampai ke usd 100 pertama bulan depan tetapi saya percaya post yang banyak dan berkualiti akan membantu saya untuk mencari pelbagai sumber alternatif untuk sumber kewangan terutama blog berbahasa Inggeris.
- Namun buat masa ini, saya mahu cuba menghasilkan post setiap hari!
- inspirasi saya
- Dik Mal, Aman dan Online Bisnes, anda semua inspirasi saya utk menghadapi cabaran 40 hari ini. Dan saya percaya anda akan mendapati semangat dan inspirasi anda juga akan meningkat jika anda turut menyertai cabaran ini.
- rugi beli nama domain dan hosting
- jika anda membeli domain dan hosting untuk menulis di blog, kenapa sia-siakan kos tersebut dengan membiarkan blog anda kosong tanpa updates. Saya juga membiarkan blog-blog saya inactive tapi kini saya optimis untuk updates setiap blog saya.
- keluar dari zone selesa
- Ramai yang selesa tidak membuat updates untuk blog (termasuk saya) kerana selesa. Kadangkala saya terfikir saya bukannya desperate sangat pun untuk mendapatkan pelbagai sumber kewangan dari blog saya. Dengan menyertai cabaran ini, saya akan memaksa diri saya untuk keluar dari zon ini..
- Oh ya, saya juga mengenali seorang problogger yang bekerja tetapi mampu updates blog 15 post sehari (pendapatan blog melebihi gaji). Anda bayangkan, bagaimana beliau mampu melakukannya? Mungkinkah beliau mempunyai lebih banyak masa dari kita? nonsense!
- mengumpulkan link dari blog2 peserta lain
- dan akhir sekali dengan menyertai cabaran ini, anda dapat mengumpulkan rakan bloggers dan juga link untuk menaikkan page rank dan traffik.
berminat tentang blogger with 15 post per day.do you care to share with us his/her link?
leh pm dik mal gak : ym : zrycone :)
[Reply]
ok but don’t kacau dia…he’s really a busy person |o| :P
[Reply]
tkmoh kaco..just mao bc die nyer blog lew :D
[Reply]
lupa lak beri link : TheSMSGuide.com
saya ada letak link di bahagian blog Problogger
[Reply]
15 post per day…giler huhuhu.. :D
[Reply]
aman >> dia bawah projek Darren Rowse, problogger.net
tak surelah rapat ke tak tapi kire bawah network Darren lah :D
[Reply]
lps ni aku la the 2nd malaysia yg keje bwah Darren Rowse tu,,hehe
[Reply]
klo menulis artikel 1 minggu skali jgn berangan la HPK..haha
[Reply]