Its not about the technology or system. Ianya mengenai pengiklan!
Assalamulaikum wbt
Sepanjang tahun lepas hingga ke hari ini, pelbagai program pengiklanan di Malaysia telah wujud. Tak silap saya lebih kurang 5 syarikat pengiklanan.
Menariknya, semua sistem ini menggunakan teknik berlainan. Advertlets dan Nuffnang dengan pasaran syarikat-syarikat besar dan sederhana, dan nufflets dengan pasaran persendirian, kesemua mensasarkan pelbagai lapisan blogger atau syarikat. semuanya canggih-canggih. Namun sambutan untuk semuanya kurang menggalakkan jika dibandingkan dengan industri blogging negara (wah, bila pulak naik taraf jadi industri nie :P)
Sayangnya kurang iklan yang dipaparkan dan mengambil masa yang lama untuk memaparkan iklan. Letak seminggu baru dapat iklan. Itupun kalau dapat. Dan akhirnya publisher pula bising-bising takde iklan masuk. Well, bukan salah mereka yakni pihak syarikat iklan kerana mereka pun membayar anda berdasarkan iklan yang dibayar. Tiada iklan, tiada bayaran. Simple.
Ini membuktikan its not about the system, but advertiser! Walaupun web application dan seumpamanya makin berkembang di Malaysia, tetapi terdaapt lebih ramai publisher dari advertiser. Ini memberikan ketidakseimbangan dari rantai kitaran advertising.
Melainkan…
Seseorang telah mendapat ribuan ringgit dari teknik Flipping Advertising iaitu mereka meletakkan iklan mengenai produk-produk affiliates, mendapat bayaran dari pihak penganjur dan BOOM! Pasti akan ramai follower kerana anda mungkin yang pertama di Malaysia ;)
Apa pendapat anda tentang senario ini?

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Leave a Reply