Hati-Hati Perangkap Cabaran 40 Hari

Assalamualaikum wbt

Yosh, apa khabar anda hari ini? Hari ni saya dah melepasi minggu pertama Cabaran 40 hari dengan jayanya! yes, yes!

Tapi berdasarkan pengalaman yang lepas, untuk mengenapkan 40 hari adalah amat menyeksakan di peringkat akhir..biasanya 30 hari ke atas. Itu dlulah. Sekarang saya tak tau…

Seterusnya saya mengucapkan Selamat Datang Member ke 9 dan 10 dalam cabaran ini iaitu saudara Alongvtx di penggila.com dan Saudara Ibnu Hassim (katanya belum mula dah kantoi?).

Oh ya, saya ucapkan tahniah kepada online bisnes kerana tetap meneruskan cabaran ni (saya ingat dia dah kalah sebab saya tak dapat masuk ke blog beliau, rupanya beliau masih menulis!)

Selamat berblogging dan jom kita lihat sejauh mana komited kita terhadap sesuatu tugas dan impian!

Baiklah, hari ini saya mau berbincang dengan anda, apakah perangkap yang ada dalam cabaran 40 hari ni:

1. Perangkap Asyik
Perangkap asyik ni akan terjadi setelah anda mula menyertai cabaran 40 hari. Anda akan Asyik bangat surfing. Terutama sesama member. Sebagai contoh anda telah setkan masa untuk surf hanya 1 jam sehari, mungkin berlanjutan sampai ke 1 jam 30 minit. :D

2. Perangkap Fikiran
Untuk melengkapkan cabaran ni, maka terpaksalah anda berfikir apa yang hendak anda tulis pada keesokan harinya. Yelah, biasa bila datang idea baru post (sebab tu 1 bulan sekali post dlu2..). Bahayanya bila berfikir tak kena pada tempatnya – berfikir mengenai post time tengah study untuk yang belajar, berfikir mengenai topik time tengah memandu atau mana-mana tempat yang tak berapa kenalah

3. Perangkap Lupakan tugas
Ia lebih kurang dengan perangkap asyik, tapi ia melibatkan tugas. Katakan time tengah kat office, awak surf and buat posting blog. Lupa ambil anak-anak sekolah sebab surf nak carik idea. Atau mungkin mengabaikan tanggungjawab sebagai anak atau ibu bapa sebab dah ralit..

Oh ya, saya amat tertarik dengan post saudara nousyshah mengenai Endure love. Mengenai tanggungjawab dan kasih sayang. Nice post there shah!

So skang, apa lagi bahayanya cabaran 40 hari ni. Ada idea?

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

13 Responses to “Hati-Hati Perangkap Cabaran 40 Hari”

Leave a Reply