Gaya Membalas Komen Mana Yang Anda sukai?
Hurm..nak balas kat ruangan komen ni ke atau lepas komen
orang tu ye?
Assalamualaikum wbt
Banyak kali juga terfikir akan hal ni. So hari ni saya
mau buat postlah bertanya kepada rakan bloggers memandangkan
ia membabitkan anda semua jugak.
Sebagai pembaca, mana satu yang anda suka?
1. Menerima balasan dari komen dari tuan blog selepas
komen terakhir post tersebut. Biasanya saya akan reply menggunakan
@namapemberi komen
atau
2. Menerima komen balasan betul-betul selepas komen anda.
Setelah melawat blog Cikgu Azleen, saya amat tertarik
dengan fungsi ke-2, iaitu pembaca yang memberi komen akan
terus mendapat komen dari tuan empunya.
Hurm…lama jugak la saya nak tanya cikgu azleen tapi
saya sentiasa terfikir “abes nanti orang yang subscribe
jawapan melalui email macam mana?”
So saya batalkan niat tersebut.
Tapi pagi nie ketika saya membalas komen dari anda semua
(terima kasih kerana memberi pandangan), saya memang dah
tak tahan. “Kalau bilangan komen banyak, macam mana?”
So saya akan bertanya kepada cikgu azleen camne dia buat
macam tu (mungkin reply kat setiap komen di bahagian admin?)
Dan akhir sekali, saya nak dengar apa pandangan rakan-rakan
blogger sekalian. Thanks!

Hai RajaBlog,
Saya lebih suka reply terus komen tuh sebab saya rasa kalau orang lain masuk, dia akan terus tengok saya jawab dah komen tuh.. Gaya nipun saya tiru dari NieysZahri.com .. Hehehehe..
Tapi saya tak terfikir pulak tentang orang yang subscribe jawapan ke e-mel.. sebab rasanya blog saya takde fungsi ni.. hehehehe.. Lagipun saya tak suke subscribe jawapan ni.. Selalunya nanti bukan jawapan yang saya dapat, tapi komen-komen dari orang lain..
Alternatifnya bagi saya adalah sebab setiap komen orang kene letak e-mel address kan? So bila dorang tanya soklan, selalunya saya akan e-mel personal ke mereka.. Leceh sket lah.. Banyak keje.. Tp btw blog saya takde beratus-ratus soklan dan komen lagi.. So masih boleh cope-up lah..
Dan jawapan bagaimana nak terus reply kat komen tuh adalah gunakan fungsi edit komen tersebut.. hehehe.. Ni jugak boleh digunakan kalau kita nak edit komen negatif yang kita suka.. hahahaha.. Tuh kalau jahat lah.. Saya tak buat lagi, sebab saya rasa bagus jugak kalau ada komen negatif.. Ianya boleh menunjukkan kematangan saya menjawab komen negatif tersebut..
[Reply]
ramzwatcher Reply:
May 6th, 2007 at 6:27 am
alright. Skang saya dah jumpa plugin yang bagus, atas cadangan dari mohdismail.com :D
[Reply]
aku guna tanda @ tu la sekarang ramzan..tapi, aku akan jawab dalam masa2 tertentu, contoh lepas Isyak atau sebelum nak tido..aku jawab secara pukal..
Komen2 pembaca memang wajib dijawab balik, tapi takyah jawab pun takpa kalau post dah lama(cam post bawang merah bawang putih aku)..jenuh nak menjawab..jadi aku biar ja..entri2 yg baru dan patut dijawab, baru aku jawab..
[Reply]
@cikgu azleen – oh, betul la saya teka :P Congrats akak sebab dah berjaya tamatkan cabaran 40 hari :D
@ bat – tak silap aku la, aku tiro style ko la nie..hoho!
[Reply]
Bagi saya, mana2 cara adalah ok. Yg penting tuan punya blog tu tak abaikan komen saya. ;)
[Reply]
ramzwatcher Reply:
May 6th, 2007 at 6:33 am
Ok CheeKui, skang saya dah leh jawab komen dengan lebey tersusun :D
[Reply]
asmkm Ramz, how r u? Shueqry here..
Saya pula kalau baca blog dan post komen, amat terharu dan lebih bersemangat rasanya bila tuan punya blog jawab balik saya punya komen, wujud interaktiviti dan menampakkan blog owner tu amat menghargai pembacanya.. hehe
Tapi, saya disable kan komen di blog “simple” saya sebab saya masih buat kajian, ia membuahkan hasil tapi menjadikan saya amat terkejut dengan budaya pembaca blog terutama yang non-bloggers. Hmm, i will share it with you all someday, but not today, the test is still running :-)
Anyway, tahniah pada CikguAzleen. Good info from Ramz, very inspiring one !
shueqry
[Reply]
saya sekarang guna’kan satu plugin yang bleh reply pada setiap komentar…
dari sini…
http://www.johnchow.com/fixing-the-threaded-comments-tab-issue/
kalau mahu lihat contoh, ada di’weblog saya :)
[Reply]
RajaBlog.info Reply:
May 6th, 2007 at 6:30 am
thanks to you, rajablog dah leh buat macam yang dikehendaki.. ;)
[Reply]
@shueqry – wsalam. Saya tak berapa sihat :P
tapi nape ye disablekan? sebab takde orang komen? standard ar tu. About 5% je dari jumlah orang view akan beri komen..tu pun kalau kite guna teknik2 bertanya lam post kite..
[Reply]
owh, memang ada pembaca beri komen tiap kali klua post baru, saya off kan ruang komen untuk sementara saja, maybe dalam cabaran 40 hari ni atau dalam bulan mei-jun. Saya masih mengkaji sesuatu.
Saya terima banyak email yang bertanya kenapa saya offkan ruang komen. Ini juga jawapan saya, but i encourage them (pembaca non bloggers) utk hantar email sbb ia lebih privasi. Tak tahu bloggers lain cemana, maybe sbb niche saya motivasi, ramai yang anta email sebagai pengganti komen. Bila saya tanya, lebih 80% dari mereka menyatakan malu nak letak komen kat blog, lagipun tak nak org lain tahu nama diorang, cukup setakat nak baca post saja.. ini yang saya dapat di awal cabaran 40 hari..
[Reply]
ramzwatcher Reply:
May 6th, 2007 at 4:33 am
hurm.. nanti jangan lupe ye kongsi apa hasil kajian tu :P
ya, saya pun perasan ramai pembaca kita yang malu bersuara…tengah berfikir apa lagi yang boleh saya buat untuk menaikkan semangat komen reader :P
[Reply]