Diskusi Majalah Elektronik Edisi 1 Rajablog

Baiklah, sebagaimana yang dikatakan semalam, saya akan senaraikan apa yang telah saya fikirkan dan dapat disiapkan untuk e-majalah edisi #01 June 2007 ini nanti.

Antara ruangan dan isu yang sedang saya fikirkan adalah:

1. Nama e-Majalah
Hurm..bagi saya ini faktor yang penting sebagaimana menamakan nama anak (saya belum lagi ya..still available..hohoho!) Penting gak nama ni since nama tu akan dipakai mungkin untuk satu tempoh masa sekurang-kurangnya 3 edisi – itu
matlamat saya kalau takde sambutan sekalipun ;P Kalau dapat sambutan? hik hik hik gelak gaya malu sambil menutup mulut dengan kedua-dua tangan

Saya ada jugak la fikir nak letak e-Majalah Rajablog tapi saya bimbang lak takut takde lak orang nak contribute.

“biarkan ajelah rajablog wat sorang-sorang” desus hati mereka..

Ya, insyaAllah saya mampu untuk 3 edisi terawal tapi lagi ramai yang contribute lagi meriah sebenarnya.psst.. ezine ni akan diedarkan percuma ye..so contributor pun takde lah dapat sumbangan apa-apa lagi buat masa ni, just bina nama dlu boleh la.

(Majalah Elektorik Rajablog?, Majalah Elektronik Blogger?, Majalah Elektronik Blogger Malaysia?) alahai..fikir-fikir…susahnye..

2. Ruangan yang difikirkan buat masa sekarang adalah:

a. Isu Utama
Saya fikir isu utama ni mengenai Mengumpulkan list dan Newsletter.

b. Tutorial
Tutorial ni tanpa suara tapi ada gerakan skit-skit. Ia akan mengajar untuk
meletakkan newsletter dan bagaimana menghantar newsletter kepada subsriber anda. Dulu saya pernah guna tapi saya ni malas nak hantar newsletter dan sebagainya, so saya tak letak kat Rajablog..oh ho ho

c. Suara Blogger
Yang ni akan diambil atau dari artikel yang dihantar oleh blogger lain.
Ia akan membincangkan mengenai pengalaman blogger dan kisah peribadi yang unik (sabit ngan blogla..)
Satu artikel dari Affuan Ramzai telah pun saya terima. Terima Kasih :)

d. Berita dan Informasi Terkini
Yang ni saya akan petik dari blog Malaysia yang saya lawati sebagai contoh dari
blog aman, infomalaya atau cypherhack. Tengoklah sama ada tuan empunya blog bagi atau tak…

e. Perkakasan Blog
Yang ni akan menyenaraikan senarai tools yang barkaitan. Saya belum decide lagi apa tools yang mahu ditunjukkan.

f. Review Tema atau “blog bulan ini”
Review tema untuk blogspot dan wordpress di bahagian ni dan saya harap makin ramai lah pembuat theme dari Malaysia yang mendapat nama dan jugak menjadik pembakar semangat. Tolong sama-sama blogger. Review blog saya masih celaru lagi nak letak ke tak sebabnya agak susah nak review blog orang sebenarnya. Saya ni tak lazer sangat dan belum apa apa dah asyik duk fikir, kang cakap lebih-lebih kang tercakap pasal benda negetif pulak pasal blog diorang nie..Oh!

Malangnya saya tak akan letak di #01 kecuali ada yang sukarela nak letak kat sini

g. Buat Duit
Masih dalam pertimbangan. Mungkin akan letak, mungkin jugak tak akan. Yang pasti #01 takde benda ni..

h. Soal jawab Teknikal Blog
Yang ni pun untuk edisi seterusnya.

i- Sisipan Khas
Sempena dengan kempen dari saudara shuth di wangcyber, saya akan letakkan jugak penerangan dari saudara shuth. Tiada editing yang akan dilakukan kot untuk bahagian ni. Copy and paste!

Lastly kalau ada cadangan atau mahu contribute silalah beritahu saya ya dengan klik hubungi saya di kotak paling kiri pada bahagian header blog ini. Sekian dimaklumkan..

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

22 Responses to “Diskusi Majalah Elektronik Edisi 1 Rajablog”

  • saharman:

    aku cadang kan eM-Blogger. Sekadar cadangan …tak nak terima tak pe.

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    eM-Blogger?

    maksudnya? electronic Malaysian Blogger?

    [Reply]

  • Ramzan,
    Untuk Perkakasan Blog, saya cadangkan u masukkan ScribeFire sebagai tool yang boleh digunakan oleh mereka yg mempunyai browser Mozilla FireFox untuk menghantar post terus ke blog.

    Let me know if you need my help.

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    wah, bagus jugak cadangan awak. kalau macam tu boleh tak awak tulis pasal benda tu rushdy? boleh?

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    harap-harap boleh la rushdy ye?

    [Reply]

    rushdy Reply:

    Boleh, insyallah. So bila u nak I siapkan. Any target date? Just email me the details.

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    as soon as possible. saya target hari Isnin ni, 28 may 2007 untuk release – so kira ezine tu edisi 1, jun 2007

    rushdy Reply:

    Sori Ramzan,

    Saya tertinggal kapal, camne pun saya dah kotakan janji walaupun ezine pertama u dah selamat release pada 28 May sama dengan hari saya posting the entri pasal perkakasan ScribeFire di blog saya –

    ramzwatcher Reply:

    takpe, jangan risau. Versi kedua kita letak la. Tak mau tambah artikel lagi ke :P

  • Salam..

    nak nyebuk gak la..kalo nama eBlog? or e-Blog..refers to ezine blog :D

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    eBlog? hurm..tu bunyiknye macam service provider blog sangat rasanya..

    and now are u free dik mal? ke sibuk lagi?

    [Reply]

    dik mal Reply:

    saya ok sekarang…sibuk cm biasa je..still waiting for my next task :)

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    hoho..selalu sibuk ye..nice :D

  • Technically,I’m ‘dummy’, but would like to contribute in the section of ‘suara blogger’…:p

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    noushy, just choose any interesting/most popular post from your blog. Give me the link and i’ll place it at the ezine..

    [Reply]

  • wa, rajablog dh ade majalah ye skrang ni..tahniah2..teruskn usaha anda berblogging..(“,)

    [Reply]

  • Bat:

    Ramzan, kalau nak ambil, ambil ja, aku takda masalah, lagi berbesar hati ada.. :) sekurang-kurangnya bertambah lagi orang yang nak baca artikel2 dalam blog aku tu..hehe..

    Dulu Aman ada gtau kata nak buat ezine, aku dah antar artikel, tapi tak kluar2 pun lagi, kesian dia, mesti sibuk sebab cuma boleh online kat cc..

    Apa-apa pun, aku sokong usaha hang ni.. :) dah siap nanti gtau aku, nak buat entri dalam blog..hehe..

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    ok bat. InsyaAllah aku amek kat blog ko ye mana-mana yang dirasakan seswai. Kemungkinan besar pasal theme free yang ko bagi :D

    [Reply]

  • saya cadangkan M-Blogger…Malaysian Blogger

    kita kena hantar artikel banyak2 kat RajaBlog bagi dia pilih sendiri

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    kalau edisi 1 sukses, barulah saya pk nak hasilkan ezines yang bermatlamat, means setiap edisi ada 1 cover story yang dicontribute dari pelbagai blogger

    [Reply]

  • [...] saya sebenarnya masih ingin membantu saudara Ramzan dalam diskusi beliau untuk menerbitkan ezine RajaBlog yang pertama (beliau boleh petik entri hari ni jika masih [...]

  • This article is very interesting, I will follow him further and always will come back to see more articles .. detoxianagood job

    [Reply]

Leave a Reply