Commenting for Traffics and Page Ranks
Assalamualaikum wbt
Saya pernah menulis mengenai perihal komen mengomen dan kali ini saya ingin menambah sedikit info mengenai hal tersebut.
Tahun ini saya telah disyorkan oleh beberapa underground blogger/IM untuk menggunakan beberapa teknik komen - ops, bukan komen spam ya!
Antara yang terbaik adalah menggunakan add on firefox dan juga comment sniper.
Add on Firefox - SEO Squake
Add on ini akan membolehkan anda mencari blog yang diranking berdasarkan page rank, backlink atau seumpamanya mengikut pilhan anda. Jika “sort by pagerank”, maka ia akan disusun mengikut page rank. Kepetingan page rank pernah saya jelaskan di post bertajuk: buat duit dengan text link ads. Klik
untuk ke laman web SEO Squake
Saya lebih gemar menggunakan add on ini kerana bagi saya ia amat mudah dan seems promosing :D Untuk meningkatkan page rank page atau blog anda, sila beri komen pada page yang ada PR tinggi, lebih dari 3 kalau boleh..
Cara guna:
1. Install add on tersebut.
2. Pastikan ia aktif, ada di bahagian footer mozilla anda.
3. Search page google “Keyword anda” “leave a comment”
nota: Sila sertakan sekali tanda ” ”
4. Senaraikan mengikut page rank (PR dan lambang anak panah).
5. Berikan komen
Comment Sniper
Perisian ini akan memaparkan update terbaru dari blog orang lain setelah anda “subsribe” dari blog mereka. Persamaan dengan SEO Squake adalah ia akan menyenaraikan blog mengikut page rank dan lebih bagus kerana ia akan menyenaraikan juga blogspot. Setelah itu anda perlu memilih dari senarai tersebut dan subscribe - anda akan menerima nota setiap kali blog tersebut update.
Ini membolehkan anda menjadi pemberi komen pertama yang akan turut membantu untuk mendapatkan traffic, tapi hanya jika blog tersebut popular seperti blog ProBlogger atau pun blog shoemoney. Contohnya jika anda menjadi pemberi komen pertama dan menggunakan nickname yang menarik, pasti anda akan dapati banyak juga traffik dari sana ;)
Comment Sniper bagi saya menyerupai feeds reader yang akan memberitahu anda post baru. Kadangkala anda akan terasa “serabutlah benda ni” sebab setiap jam ada saja orang akan hasilkan post :P
Klik disini untuk download commentsniper
So apa pendapat atau info tambahan dari anda?
p.s: Sukakan post ini? Bookmark laman web ini!

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Mar 10th, 2008 at 4:07 am
comment sniper tak gratis..
[Reply]