Utama
RajaBlog.info dalam proses pemindahan hosting
Assalamualaikum wbt
PEMBERITAHUAN: Rajablog.info kini sedang dalam proses pemindahan ke hosting utama Kumpulan Rajablog dan berkemungkinan blog ini tidak akan “available” selama 1 hari bermula 12.00 Tengah Malam 30 May 2008.
Proses yang terlibat adalah termasuk:
Diharap pemindahan ini akan memantapkan operasi Rajablog dan Segala Kesulitan amat dikesali.
Mohd Ramzan Rozali
Yahoo Answers Marketing
Assalamualaikum wbt
Saya baru sahaja selesei membaca tips yahoo marketing yang telah dipost oleh saudara Syed Ikhwan, salah seorang mentor untuk jomseminar.com – seminar mengenai internet marketing yang berharga RM397
Cara yang diberitahu dari artikel yang beliau kongsikan adalah dengan memanfaatkan fungsi yahoo answers. Yahoo answers adalah web social yang berkonsepkan anda tanya, orang lain jawab dan tandakan ‘best’ answer. Anda akan manjawab soalan yang ditanya dengan setepat yang boleh dan letakkan affiliate link. Cara step by step adalah:
- daftar akaun dengan yahoo. Anda boleh juga gunakan id yahoo mail/ messenger anda.
- cari soalan yang baru dan belum dijawab (jika ada). sekurang-kurangnya soalan yang hanya ada 2-3 jawapan sahaja.
- jawab soalan tersebut dengan mencari informasi dari wikipedia atau google
- letak affiliate link sebagai reference.
Kelebihan yahoo marketing adalah anda tak semestinya perlukan website atau blog kerana platform anda adalah yahoo answer tersebut sendiri. Jawab dan letak affiliate link.
Saya pernah mencuba mencipta soalan di sana untuk myanimeonline dan ia menampakkan sedikit hasil, oklah walau tak banyak. Itu baru 1 soalan. Macam mana pulak kalau jawab 20 soalan? Mesti lagi banyak click through rate bukan? The bad thing about marketing is repetition – proses mencari dan membuka soalan berulang-ulang, berhari-hari. Mungkin anda boleh scheduledkan hari apa untuk gunakan yahoo answers marketing selepas ini :D
Selamat Mencuba!
Sudahkah Anda menonton Wawancara RTM bersama MalaysiaToday?
Assalamualaikum wbt
Beberapa hari lepas saya sempat menonton rancangan blog terbitan RTM yang di download dari youtube mengenai politik Negara dengan tetamu jemputan, Raja Petra Kamarudin. Beliau merupakan penulis blog politik terkenal tanah air, MalaysiaKini.com dan Malaysia-Today. Saya tidak pasti bila rancangan tersebut mula disiarkan tetapi ia satu permulaan yang baik untuk mendedahkan dunia blogger kepada luar tetapi jika anda lihat wawancara berkenaan, pasti rancangan tersebut tidak dapat bertahan lama di pasaran atau mungkin sebaliknya setelah melihat rancangan ini. MalaysiaKini dikatakan oleh ‘host’ mendapat ratusan juta pengunjung setakat ini – satu statistik yang menandakan arena blogging negara tak kurang hebatnya, cuma blog dalam bidang lain masih ketandusan ;)
Kerana rancangan tersebut juga, saya telah mencari perihal si Raja Petra ni dan dapati rupanya beliau bukan calang-calang juga orangnya. Pernah ditahan, dipenjara dan juga didenda. Quite a tough guy :D
Anyway enjoy the video utk sesiapa yang belum lihat rancangan tersebut lagi. Meskipun anda bukan peminat politik, see it first and get the idea what is happening in Malaysia :)
Rujukan: Wikipedia: Raja Petra Raja Kamarudin
